Monday, January 30, 2012

ULASAN JURNAL 3: Pentaksiran dalam talian

3  JURNAL PENTAKSIRAN DALAM TALIAN & UJIAN DALAM TALIAN
Bil
Tajuk Jurnal
Tujuan/ Bidang/ Tajuk artikel
Rumusan Keseluruhan Jurnal
1
Wang, T.H. 2011. Developing Web-based assessment strategies for facilitating junior high school students to perform self-regulated learning in an e-Learning environment. Computer & Education, 57: 1801-1812.
- Artikel ini menerangkan konsep strategi pembelajaran kendiri yang diusulkan oleh Pintrich (1999) dalam membina satu sistem penilaian Web-based ( Peer- Driven Assessment Module of the Web based Assessment dan Test Analysis System (PDA-WATA).

- Tajuk yang dikemukan melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 18 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.




Kesemua tajuk artikel tidak seragam kerana bagi jurnal 1 melebihi 15 patah perkataan manakala jurnal 2 dan 3 tidak melebihi 15 patah perkataan.Ia  sesuai dengan huraian isi.Tajuk kajian fokus kepada Penilaian pembelajaran secara dalam talian serta penggunaannya. Perbezaannya ialah sasaran kajian. Menghuraikan seluruh kandungan kajian dengan tepat dan jelas.
2
Chen, Y.C. 2009. An educational research course facilitated by online peer assessment. Innovations in Education and Teaching International, 46 (1):105-117.
- Artikel ini menerangkan mengenai implementasi bagi penilaian rakan sebaya secara dalam talian.

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 8 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

3
Nowell, G.2011. Student Course Evaluations In Traditional And Blended Courses: A Case Study. American Journal of Business Education, 4(1) : 13-18
- Artikel ini menerangkan mengenai pembelajaran campuran iaitu blended learning secara dalam talian

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 11 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.




Bil
Jurnal
Abstrak
Rumusan Keseluruhan Abstrak
1
Developing Web-based assessment strategies for facilitating junior high school students to perform self-regulated learning in an e-Learning environment.
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.  Tujuan utama PDA-WATA adalah untuk memudahkan pelajar menggunakan pembelajaran kendiri ini bagi meningkatkan keberkesanan e-pembelajaran.

- Ada membincangkan kaedah/ reka bentuk kajian yang digunakan bagi kajian tersebut dan responden/ sampel kajian.

- Penulisan abstrak ringkas dan  menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian secara dalam talian bagi P&P

- Ada menerangkan mengenai implikasi kajian ini.

- Ada menerangkan cadangan bagi penilaian berasaskan Web based ini dan rumusan kajian. 

- Tidak menggunakan dwibahasa.


Kekuatan :3 artikel yang dibaca mengemukakan  abstrak. Tetapi tidak semua  abstrak bagi jurnal tersebut ditulis dengan lengkap mengikut keperluan yang perlu ada dalam abstrak.

Kelemahan :Tiada terjemahan abstrak dalam Bahasa Melayu

Kelemahan :Secara keseluruhannya masih lemah dalam aspek kronologi atau penyusunan penulisan dalam artikel jurnal.  Ada yang menyatakan tujuan kajian, dapatan kajian, implikasi serta kesimpulan dan juga sebaliknya.

2
An educational research course facilitated by online peer assessment.
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Ada membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian tetapi ada menceritakan mengenai responden yang terlibat.

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas tetapi menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian secara dalam talian bagi P&P. Menerangkan apa itu penilaian online dan pengaruh rakan sebaya dalam pembelajaran.

- Ada menerangkan mengenai implikasi kajian ini.

- Ada menerangkan kekurangan dan percanggahan penilaian rakan sebaya secara online.
3
Student Course Evaluations In Traditional And Blended Courses: A Case Study.
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Tidak membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian tetapi ada menceritakan mengenai responden yang terlibat.

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas dan ada menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian sumatif bagi P&P.





Bil
Jurnal
Penghujahan
Rumusan Keseluruhan Penghujahan
1
Developing Web-based assessment strategies for facilitating junior high school students to perform self-regulated learning in an e-Learning environment.
1.Pengenalan

Menerangkan bahawa penggunaan Teknologi Komunikasi  & Internet (ICT) dalam pengajaran dan tingkah laku pembelajaran. Perubahan pendidikan ke arah penggunaan teknologi ini memberi impak kepada paradigma pendidikan sekarang ini, yang mana dengan membuat kajian terhadap e-pembelajaran, fokus kepada pendidikan diutamakan. Menurut Wang (2008), kepentingan utama dalam e-pembelajaran ini adalah menyelesaiakan masalah kesuntukkan masa dan ruang serta peluang pelajar-pelajar untuk mempersembahkan pembelajaran kendiri. Dengan wujudnya pembelajaran seacra web based ini, ia dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk belajar secara kendiri dengan lebih bermotivasi dan persekitaran dalam talian ini juga adalah satu cara untuk membantu serta membimbing pelajar ke arah pembelajaran kendiri.
Pembelajaran secara Web Based ini turut melibatkan hubungan antara strategi kognitif, metakognitif, dan motivasi. Melalui pembelajaran kendiri ini, ia memainkan peranan yang pentingb sebagai panduan bagi kedua-dua persekitaran pembelajaran iaitu pembelajaran secara tradisional mahupun dalam e-pembelajaran.

2.Kajian kepustakaan

Menerangkan  kajian kepustakaan dengan jelas yang mana, dalam kajian ini dinyatakan bahawa pembelajaran kendiri ini telah menjadi satu paradigma yang penting dalam dunia pendidikan. Selain daripada itu, pembelajaran kendiri berasaskan Web based ini sangat rapat dan berkaitan dengan keberkesanaan pembelajaran. Kaedah pembelajaran secara dalam talian ini adalah sangat bagus bagi memupuk pelajar untuk belajar menguruskan cara pembelajaran mereka sendiri. Pembelajaran web based ini juga turut memupuk pelajar dalam meningkatkan motivasi para pelajar dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran secara dalam talian. Kursus dalam talian ini memberi satu permintaan yang tinggi terhadap interkasi rakan sebaya dan rakan sekerja yang memerlukan panduan dan kerjasama antara satu sama lain.

Turut menceritakan mengenai persekitaran e-pembelajaran bagi strategi pembelajaran kendiri – PDA-WATA.

3.Metodologi
Menjelaskan responden yang terlibat dengan jelas serta memperincikan instrumen bagi kajian ini. Instrumen terbahagi kepada 2 iaitu:
                                i.            bahan-bahan bagi e-pembelajaran.
                              ii.            Penilaian formatif dan sumatif bagi Web Based.
                            iii.            mengenai PDA-WATA & N-WBT. ( WATA system – Web_based Assessment and Test Analysis system).
                            iv.            Proses Pembelajaran Inventori (LPI)

Menjelaskan mengena kutipan data dan juga analisis data serta prosedur kajian.

4.Dapatan kajian
Kajian ini memperincikan dapatan kajian kepada beberapa bahagian iaitu:
                                i.            Analysis on the number of times students spontaneously take tha Web-based formatve assessment.
                              ii.            LPI analysis results
                            iii.            Students e-Learning effectiveness in the PDA-WATA and N-WBT groupss

5. Perbincangan dan rumusan
Keberkesanan penggunaan pembelajaran berasaskan Web based Learning yang mengandungi 5 strategi utama bagi PDA-WATA termasuklah
        i.            Adding Answer Notes
      ii.            Starting Confidence
    iii.            Reading Peer Answer Notes
    iv.            Recommending Peer Answer Notes
      v.            Querying Peers ‘Recommendation on Personal Answer Notes’
Kekuatan :Semua kronologi yang dikemukakan mempunyai kronologi penyelidikan yang berbeza

Kelemahan: Hanya jurnal 1 sahaja yang mengandungi kajian kepustakaan. Jurnal 2 dan 3 kajian kepustakaannya dijelaskan/dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan.



Kekuatan :Bagi bahagian metodologi, ke semua metodologi menerangkan dan memperincikan setiap sampel yang digunakan, tempat, prosedur dan yang berkaitan dengannya.

Kelemahan: Jurnal 3 tidak menerangkan dengan jelas prosedur kajian dijalankan tetapi menerangkan sampel kajian yang digunakan dan dilaksanakan dengan jelas.

Kekuatan :Dapatan kajian dimasukkan ke dalam jadual mengikut peratusan/frekuensi bagi setiap item yang diuji.

Kelemahan: Penerangan ayat bagi dapatan terlalu panjang dan sukar untuk difahami pembaca luar.
2
An educational research course facilitated by online peer assessment.
1.   Pengenalan
Menceritakan mengenai apa itu Peer Assessment (PA). Dalam kajian ini, menerangkan mengenai aktviti bagi PA secara dalam talian dan bagaimana ia dinilai oleh pelajar dan pensyarah. Bagi PA ini, tenaga pengajar cuba untuk menggunakan Internet-based systems bagi menguruskan proses PA.
Menjelaskan dengan terperinci mengenai peranan Internet-nased systems ini bagi PA online dan penilaiannya. Seterusnya penggunaan PA online sebagai satu alatan penilaian dan alatan pembelajaran serta menghasilkan portfolio elektronik bagi pelajar-pelajar dan juga para guru/ tenaga pengajar.
Penerangan mengenai penggunaan portfolio elektronik sebagai satu platform untuk melakukan penilaian setiap hasil tugasan pelajar dan refleksi terhadap tugasan individu dan perbincangan antara pelajr , guru serta rakan sebaya. Tenaga pengajar ada menyatakan bahawa PA online ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk proses pembelajaran secara aktif bagi mempromosikan pemikiran kritikal, palnning, monitoring dan regulasi dalam pembelajaran computer-supported collaborative.

2.     Kajian kepustakaan
Tiada kajian kepustakaan yang menggunakan satu topik baginya sahaja, tetapi ia dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan

3.     Metodologi
Menerangkan responden/sampel yang digunakan dalam kajian ini. Terdiri daripada 52 service mathematics dan guru sains (30 lelaki dan 22 perempuan) dari Universiti Utara Taiwan,
Selain itu, menjelaskan mengenai objektif utama bagi Metodologi Penyelidikan Pendidikan mengenai bagaimana reka bentuk dan kajian penyelidikan pendidikan ini dijalankan dan diuruskan. Menjelaskan prosedur bagaimana kajian ini dijalankan ke atas pelajar dan tenaga pengajar.
Menerangkan juga mengenai skor bagi rakan sebaya (pelajar) dan skor bagi pakar. Turut menyediakan konteks analisa bagi maklum balas responden terhadap PA online ini. Pengedaran instrumen juga turut diagihkan kepada  pelajar-pelajar.

4.      Dapatan kajian
Ada dapatan kajian yang dijalankan. Menerangkan mengenai korelasi antara peer kor dan kor pakar. Selain daripada itu juga, turut menerangkan mengenai kesan PA online ini dalam membangunkan proposal.

5.      Perbincangan dan rumusan
Mempunyai perbincangan dan rumusan hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi. Menyatakan bahawa kajian ini mengimplementasi 3 kali aktiviti PA online untuk membantu tenaga pengajar dalam membangunkan proposal bagi penyelidikan pendidikan.
3
Student Course Evaluations In Traditional And Blended Courses: A Case Study.
1.    Pengenalan
Menerangkan mengenai definisi blended learning, yang juga dikenali sebagai hybrid learning, mixed mode learning dan flexible learning. Kursus  pembelajaran secara campuran ini mempunyai integrasi pembelajaran bersemuka, melibatkan pedagogi dan juga berasaskan Web juga.Meletakkan beberapa topik lain iaitu Cost effectiveness and Institutions Commitment, Acess, Learning effectiveness, faculty satisfaction, student satisfaction.

2.     Kajian kepustakaan
Tiada kajian kepustakaan yang menggunakan satu topik baginya sahaja, tetapi ia dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan

3.     Metodologi
Menerangkan sampel yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di Universiti Howard (Bisnes).Sampel dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembelajaran secara campuran dan pembelajaran secara bersemuka.Kedua-dua proses P& P ini dikendalikan oleh instructor yang sama Cuma menggunakan pendekatan pedagogi yang berbeza.

4.      Dapatan kajian
Menerangkan dapatan kajian dengan jelas dengan memperincikannya di dalam jadual berserta dapatannya mengikut peratusan setiap item.

5.      Perbincangan dan rumusan
Kesimpulan yang diberikan jelas menerangkan perbezaan pembelajaran secara tradisional ini dengan pembelajaran secara  campuran. Walau bagaimanapun, di dalam kesimpulan ini serta kajian ini, didapati bahawa penilaian pembelajaran berasaskan pendekatan hibrid tidak memberikan keputusan yang bagus dari pembelajaran secara tradisional.




Bil
Jurnal
Penerangan mengenai Pentakasiran dalam talian/ ujian dalam talian
Rumusan Keseluruhan
1
Developing Web-based assessment strategies for facilitating junior high school students to perform self-regulated learning in an e-Learning environment.
- Penilaian pembelajaran berasaskan Web based terhadap persekitaran pendidikan pada zaman ini adalah sangat diutamakan. Ia diperkenalkan kepada para pelajar untuk memupuk sikap motivasi pelajar terhadap penggunaan pembelajaran Web based yang mana membantu pelajar dalam mencapai tahap pemikiran kognitif pada aras yang tinggi.
Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan seterusnya prestasi pelajar.  Penilaian kursus dalam talian ini melibatkan aktiviti memuat turun latihan tutorial, nota kuliah dan berinteraksi dengan pensyarah melalui e-Pembelajaran.
Membuat penilaian pengajaran bagi kursus yang diambil bagi setiap topik dalam modul. Selain itu,
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan seperti ruangan forum di dalam blog dalam pelbagai topik. Pelajar dan pengajar boleh berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan dalam bidang-bidang khusus mereka. Terdapat beribu-ribu kumpulan perbincangan yang boleh disertai untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan ini dapat dinilai berdasarkan persekiktaran Web. Ke semua ini diaplikasikan ke dalam pembangunan modul GIMP yang menggunakan pendekatan pembelajaran hibrid.

2
An educational research course facilitated by online peer assessment.
-Penilaian pembelajaran bagi PA online ini turut dinilai menggunakan penilaian portfolio elektronik. Penggunaan PA online ini dijangka dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar pada aras tinggi, belajar cara monitoring serta cara untuk merancang sesuati tugasan/projek/proposal.
3
Student Course Evaluations In Traditional And Blended Courses: A Case Study.
- Pembelajaran campuran yang berasaskan communication mediated computer serta bersemuka sangat membantu dalam proses P&P pelajar. Cara ini dinilai melalui bagaimana interaksi pelajar dan pengajar dalam menjayakan pembelajaran blended ini.




Tajuk Jurnal
Kekuatan
Kelemahan
Developing Web-based assessment strategies for facilitating junior high school students to perform self-regulated learning in an e-Learning environment.
- Membuat kesimpulan dengan memberikan bukti dengan setiap hasil kajian.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan persekitaran pembelajaran dan proses, fungsi, kepenggunaan pembelajaran berasasjan web based  secara menyeluruh.
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian dalam talian dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian pembelajaran dalam talian adalah sangat banyak dan jelas.
- Dapatan kajian juga turut diperincikan dengan jelas dalam bentuk jadual.

- Penggunaan laras bahasa yang agak tinggi untuk difahami oleh pembaca yang bukan bidang ini.
- Perbincangan yang disampaikan terlalu panjang mengenai e-pembelajaran yang diintegrasikan ke dalam persekitaran pembelajaran berasaskan Web berdasarkan beberapa lima strategi utama dalam e-pembelajaran ini.
An educational research course facilitated by online peer assessment.
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap penilaian PA online berasaskan portfolio elektronik.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel. pembangunan proposal  kajian penyelidikan pendidikan
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sangat banyak dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca tetapi dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan.

- Penggunaan laras bahasa yang agak tinggi untuk difahami oleh pembaca yang bukan bidang ini.
- Tidak menerangkan dengan jelas bagaimana penilaian dalam talian dijalankan. Hanya menerangkan mengenai penggunaan PA online dan peranannya serta persepsi pelajar dan pengajar yang menggunakannya.
Student Course Evaluations In Traditional And Blended Courses: A Case Study.
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi penilaian kursus pelajar secara tradisional dan pembelajaran campuran.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan mengenai penggunaan pembelajaran secara campuran (blended learning) yang mana melibatkan penilaian pembelajaran secara web atau communication mediated computer.
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sederhana dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca.
- Ada membincangkan hasil dapatan mengikut setiap item dengan terperinci.

- Tidak menjelaskan maksud penilaian blended learning dengan jelas.

- Bahasa yang digunakan sukar untuk difahami

- Isi-isi kandungan juga susah untuk difahami secara terus kerana banyak menggunakan perkataan yang sukar difahami maksudnya

- Tidak menerangkan dengan jelas bagaimana penilaian dalam talian dijalankan. Hanya menerangkan mengenai perbezaan pembelajaran menggunakan pendekatan tradisional (bersemuka) dengan pendekatan pembelajaran blended (campuran pelbagai jenis cara pembelajaran).


v  Ketiga-tiga prosiding mengemukakan tajuk yang sesuai dengan isu yang hendak dikaji. Jumlah patah tidak melebihi 15pp dan satu jurnal melebihi 15pp.
v  Penulisan abstrak yang baik walaupun hanya dalam BI sahaja. Ke semua jurnal menjelaskan kandungan abstrak dengan terperinci.
v  Pendahuluannya dimulakan dengan pendapat penulis dan disokong oleh kajian-kajian terdahulu. Ada kesinambungan dan dapat menarik pembaca untuk terus mendalami nya.
v  Pernyataan masalah/ Persoalan kajian/ Objektif  tidak dikemukakan dengan terperinci.
v  Metodologi kajian dibincangkan dan ke semua jurnal. Terdapat penulisan ayat-ayat yang panjang dalam perbincangan. Sukar untuk difahami dan tiada sokongan kajian lain dinyatakan. Perbincangan dan kesimpulan yang dilakukan adalah sangat bertepatan dengan kajian yang dilakukan dalam jurnal-jurnal berikut.
v  Rujukannya terkini dan ditulis dengan format yang betul. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa rujukan yang sudah lama juga turut digunakan. (80an sahaja- Handbook bagi research in teaching) dan selebihnya adalah rujukan yang merujuk kepada tahun 2000 ke atas.


No comments:

Post a Comment