Monday, January 30, 2012

ULASAN JURNAL 1- Pentaksiran formatif online (2011/2012)

4 jurnal pentaksiran formatif/ autentik/ alternatif/pentaksiran berasaskan kriteria/portfolio



Bil
Tajuk Jurnal
Tujuan/ Bidang/ Tajuk artikel
Rumusan Keseluruhan Jurnal
1
Gog, T.V, Sluijsmans, D.M.A, Brinke D.J & Prins, F.J. 2010. Formative assessment in an online learning environment to support flexible on-the-job learning in complex profesional domains. Education Tech Research Dev 58: 311-324.
- Artikel ini menerangkan satu pelan tindakan untuk 
persekitaran pembelajaran dalam talianyang berasaskan reka bentuk pengajaran yang terkenal dan teori penilaian bagi menyokong pembelajaran dalam kompleks domain. Terdiri daripada tugas-tugas penilaian formatif (iaitu, penilaian untuk pembelajaran).

- Membicarakan mengenai bidang Teknologi Pendidikan yang mana menilai pembelajaran secara dalam talian menggunakan penilaian formatif.

- Tajuk yang dikemukan melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 16 p/p. Terlalu panjang

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

Keempat-empat tajuk jurnal sangat jelas dan menjurus kepada kajian penilaian formatif. Tetapi tidak ke semuanya membincangkn penggunaan penilaian formatif bagi pembelajaran pendidikan komputer, sebaliknya merangkumi keselurahan pembelajaran dalam aspek yang lain juga iaitu dalam bidang kedoktoran, Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, aspek penilaian formatif ditekankan dengan jelas berdasarkan tajuk dan kekunci dalam jurnal-jurnal tersebut.



Kesemua tajuk prosiding ada yang melebihi dan tidak melebihi 15 patah perkataan dan sesuai dengan huraian isi.Tajuk kajian fokus kepada Penilaian formatif. Perbezaannya ialah sasaran kajian. Menghuraikan seluruh kandungan kajian dengan tepat dan jelas.
2
Kiryakova,G.2010. Using Information Technology To Carry Out Formative Assessment. Tarkia Journal of Science 8(3):11-20.

- Artikel ini membincangkan mengenai sifat dan ciri-ciri 
utama penilaian formatif. Ia meringkaskan strategi yang berlainan yang mana digunakan oleh para guru  untuk menjalankan penilaian formatif
dalam proses pendidikan.

- Kajian ini membincangkan 
peluang- peluang LMS Moodle
untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang menyokong
penilaian formatif.


- Tajuk yang dikemukan hanya 8 patah perkataan.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

3
Crossour,B. & Pryor, J.2009. Using email for formative assessment with profesional doctorate students. Assessment & Evaluation in Higher  Education 34(4): 377- 388.
- Artikel ini memberi tumpuan kepada  penggunaan e-mel untuk
penilaian formatif tutor dalam
peringkat awal Doktor Falsafah
 Profesional dalam Pendidikan (EdD) di universiti Bahasa Inggeris.

- Metodologi kajian kes 
termasuk pemerhatian peserta
 program bengkel, analisis 
kritikal wacana teks-teks e-mel, 
dan dua siri dengan mendalam,
wacara pelajar yang separa 
berstruktur.

-Tajuk yang dikemukan hanya 9 patah perkataan.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

4
Li Bing Rong. 2008. Application of formative assessment in college oral English teaching: An empirical study. US-China Foreign Language 6(5):34-38.

- Artikel ini membincangkan satu eksperimen yang mengenai aplikasi penilaian formatif di kolej bagi pengajaran Bahasa Inggeris.

- Merupakan kajian empirikal seperti di dalam artikel.

- Tajuk yang dikemukan hanya 12 patah perkataan.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

Bil
Jurnal
Abstrak
Rumusan Keseluruhan Abstrak
1
Formative assessment in an online learning environment to support flexible on-the-job learning in complex profesional domains.
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Ada kaedah yang digunakan dan rumusan kajian.  

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas tetapi tidak menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian formatif bagi pembelajaran dalam talian.

- Tidak menerangkan mengenai implikasi kajian ini.
Kekuatan :Semua kronologi yang dikemukakan mempunyai kronologi penyelidikan yang berbeza.

Kelemahan :Secara keseluruhannya masih lemah dalam aspek kronologi atau penyusunan penulisan dalam prosiding.


Kekuatan :4 kertas prosiding yang dibaca mengemukakan  abstrak. Tetapi tidak semua  abstrak bagi jurnal tersebut ditulis dengan lengkap mengikut keperluan yang perlu ada dalam abstrak.

Kelemahan :Tiada terjemahan abstrak dalam Bahasa Melayu

2
Using Information Technology To Carry Out Formative Assessment.
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Tidak ada penerangan metodologi  yang digunakan dan rumusan kajian. 

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak terlalu ringkas dan tidak menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian formatif bagi proses P&P.

- Tidak menerangkan mengenai implikasi kajian ini.
3
Using email for formative assessment with profesional doctorate students.
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Ada penerangan metodologi  yang digunakan dan rumusan kajian. 

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas dan menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian formatif bagi proses P&P.

- Menerangkan mengenai implikasi kajian ini.

4
Application of formative assessment in college oral English teaching: An empirical study.
- Tidak menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan pada permulaan abstrak.

- Menceritakan persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini iaitu : Melalui ujian, portfolio 
pelajar, kajian ini bertujuan
 untuk menjawab soalan-soalan berikut:
·         Bolehkah autonomi ini 
memberi perubahan 
 kepada pelajar dalam
pembelajaran mod 'kepercayaan dan strategi?
·         Jika ya, apakah 
perbezaan? 
·         Pengajian yang diadakan pelajar dengan ruang yang mencukupi untuk menggunakan autonomi mereka dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

- Tidak ada penerangan metodologi  yang digunakan dan rumusan kajian. 

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas dan menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian formatif bagi proses P&P Bahasa Inggeris.

- Tidak menerangkan mengenai implikasi kajian ini.




Bil
Jurnal
Penghujahan
Rumusan Keseluruhan Penghujahan
1
Formative assessment in an online learning environment to support flexible on-the-job learning in complex profesional domains.
1.Pengenalan

- membincangkan kerumitan dari segi domain dan ciri-ciri tugas
serta dari segi pemikiran kognitif  para pelajar. 

- membincangkan reka bentuk pembelajaran dalam talian dan komponennya, cara penggunaan, 
dan rasional yang mendasari teori
komponen ini dan cara-cara 
penggunaannya yang   memberikan sokongan yang 
optimum untuk  pembelajaran profesional dan pembelajaran kendiri serta menilai dalam bidang bidang yang kompleks.

2.Kajian kepustakaan

- Tidak menghuraikan kajian kepustakaan dalam satu topik yang berbeza, sebaliknya memasukkannya ke dalam tajuk pengenalan dan metodologi kajian.

3.Metodologi

- Pembelajaran dalam domain yang kompleks

- Pembelajaran menerusi penilaian formatif

-Komponen-komponen dalam persekitaran pembelajaran secara dalam talian

-Memperolehi input untuk 
persekitaran pembelajaran dalam talian.

- Menggunakan persekitaran
 pembelajaran secara dalam talian.

4.Dapatan kajian

- Penilaian Pengguna
Secara keseluruhan persekitaran pembelajaran didapati 95% menyatakan bahawa mereka memahami persekitaran untuk belajar mengenai penilaian formatif berdasarkan ‘blueprint’ tersebut. Kandungan bagi situasi berkenaan adalah sama dengan pembelajaran biasa.

- Bagi komponen-komponen persekitaran pula, ia dibahagikan kepada 3 tahap yang kompleks iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Seterusnya adalah mengenai perbezaan antara pemerhatian dan analisis tugasan yang berkesan. Daripada ke semua komponen yang telah digunakan dalam pembelajaran penilaian formatif ini, maklum balas daripada pengguna adalah amat diperlukan dalam penyediaan tugasan yang lebih bermakna.

5. Perbincangan dan rumusan

 -Membolehkan pelajar meningkat
kan prestasi mereka

- Membenarkan pelajar untuk
 memperoleh kemahiran penilaian kendiri.
- Sokongan pelajar bagi mendapatkan maklum balas 
peribadi daripada rakan sebaya 
atau guru terhadap tugasan  mereka.  

- penilaian prestasi atau  kemahiran

- Fleksibel, urutan tugasan yang tersusun.

- Boleh diakses, dengan membenarkan pelajar untuk melakukan tugas-tugas ini bila-bila masa mereka kehendaki, di mana-mana jua mereka berada dan mempunyai akses internet.

Kekuatan :Huraian tentang kajian yang hendak dijalankan jelas, ada kesinambungan dan mempunyai elemen-elemen penting yang perlu ada dalam pengenalan. Pengenalannya membawa pembaca ke dalam penulisannya

Kelemahan :
- penulisan pendahuluan yang terlalu panjang. Binaan ayat setiap hujahan terlalu komplek sehingga merosakkan struktur bahasa

-hanya mengaitkan dengan kajian di sebuah sekolah sahaja.


Kekuatan : ada menerangkan pernyataan masalah. dalam penulisan kajian dan persoalan manakah yang perlu dijawab untuk mendapatkan hasil kajian yang memuaskan.

Kelemahan: Tiada keseragaman dalam penulisan kajian bagi keempat-empat jurnal.


Kekuatan : merangkumi aspek yang perlu ada dalam kajian.
Setiap jurnal mempunyai kekuatannya tersendiri.Penulisan yang lengkap metodologi dapat membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan membuktikan kepada pembaca.






Kelemahan: Penerangan dalam Metodologi kajian tidak merangkumi kesemua aspek yang perlu ada iaitu Kaedah kajian, Instrumen kajian, Subjek kajian, Prosedur kajian.

Kelemahan:
jurnal 1, 2 dan 3 yang tidak mengikut urutan penulisan metodologi yang sebenar.


Kekuatan : menjelaskan dengan lengkap semua profil dan jadual dan tidak hanya memilih untuk menjelaskan dapatan yang yang signifikan semata-mata. Penerangan yang mudah di fahami


Kelemahan :Jurnal 2 tidak mengemukakan dapatan kajian namun lebih kepada penulisan fakta dan konsep-konsep serta mengaitkan dengan teori-teori yang relevan dengan tajuk


Kekuatan: Jurnal 1, 2, dan 3 membincangkan dapatan dengan baik. Ada kesinambungan dan sokongan kajian lain.  perbincangan yang tepat dan terperinci


Kelemahan: Jurnal 4 tiada perbincangan dinyatakan dengan terperinci. Ayat yang panjang menyebabkan sukar untuk difahami. Penjelasan dapatan tiada sokongan kajian lain untuk menguatkan dapatannya.


Kekuatan :Kesimpulan bagi setiap kajian membawa pembaca kepada rumusan berkaitan tajuk kajian

Kelemahan : Penulisan  yang terlalu ringkas

2
Using Information Technology To Carry Out Formative Assessment.
1.     Pengenalan

- Penilaian pelajar merupakan satu bahagian penting dalam proses pembelajaran. Melalui proses penilaian maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran pelajar dan ditafsirkan untuk mengenal pasti tahap korelasi antara keputusan piawaian rasmi.

- Ada menerangkan sedikit mengenai penilaian sumatif.

- Penerangan mengenai keputusan yang diperoleh untuk mengakses keberkesanan terhadap program pembelajaran dan perancangan serta pembangunan masa hadapan pelajar.

- Penerangan mengenai objektif utama bagi tugasan semasa yang dipersembahkan sebagai aktiviti dalam menyokong penilaian formatif.

2.     Kajian kepustakaan

- Penilaian formatif merupakan penilaian yang berlaku sepanjang proses pembelajaran dalam erti kata lain, untuk mengenal pasti tahap pencapaian terhadap pengetahuan dan kemahiran. bagi pelajar untuk memantapkan matlamat dan kriteria pembelajaran.

- Penilaian formatif merupakan keseluruhan aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru dan pelajar mereka dalam membuat penilaian serta memberikan maklumat sebagai maklum balas bagi mengubah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ( Black & Wiliam 2001)

- Dengan penilaian formatif ini, aktiviti pembelajaran boleh diubah dan menyelesaikan keperluan pelajar untuk meningkatkan pendidikan.

- Menerangkan mengenai model-model bagi penilaian formatif; terbahagi kepada dua iaitu:
i)- planned (formal)
ii)- interactive (informal)

- Bagi penilaian formatif secara terancang, semua aktiviti-aktiviti pelajar direkodkan manakala bagi penilaian formatif interaktif pula, ia melibatkan sesetengah pelajar sahaja(pelajar latihan praktikal) dan keputusan tidak direkodkan.

3.      Metodologi

- Menyediakan aktiviti atau strategi bagi menyokong penilaian formatif:

·         Pemerhatian
·         Soalan pendek dan perbincangan
·         Ujian dan kuiz
·         Tugasan
·         Projek
·         Penilaian kendiri dan rakan sebaya
·         Portfolio

- Menyediakan aktiviti atau strategi bagi menyokong penilaian formatif menggunakan teknologi: (Laman Moodle)

·         Tugasan Praktikal
·         Ujian pendek
·         Tugasan
·         Penilaian rakan-rakan
·         Projek berkumpulan

4.     Dapatan kajian

- Menggunakan portfolio dalam sistem pendidikan. Melaksanakan setiap aktiviti menggunakan penilaian formatif.

- Melaksanakan portfolio dalam latihan praktikal melalui installation dan pemasangan modul Moodle, pembangunan tugasan yang spesifik serta pelaksanaannya dalam proses pendidikan

- Melakukan kajian dan analisis bagaimana penggunaan e-portfolio menambahkan keberkesanan pendidikan, bagaimana kita boleh mengakses secara formatif dan bagaimana pelajar-pelajar dapat melihat perkara baru ini merupakan satu pendekatan yang amat berguna dalam dunia pendidikan.

5.     Perbincangan dan rumusan

- Secara rumusannya, dengan 
menggunakan pembelajaran 
secara tradisional dan gabungan pembelajaran secara dalam talian, ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan meningkatkan motivasi pelajar. Penggunaan penilaian sumatif dan pelbagai
aktiviti-aktiviti yang menyokong penilaian formatif sangat menggalakkan sistem pendidikan sekarang ini.

- peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran dan,  meningkatkan keseluruhan kualiti
pendidikan.

3
Using email for formative assessment with profesional doctorate students.
1.    Pengenalan
- Merupakan kajian kualitatif bagi interaksi penilaian formatif  antara tutor dan pelajar tahun 1 EdD dalam bahasa Inggeris.

- Menerangkan bahawa teori penilaian formatif dan latihan amat memerlukan perhatian daripada penyelia.

- Tujuan utama kajian ini adalah untuk tutor membuat penilaian formatif dalam bidang dan pembangunan projek yang dilaksanakan.

- Sebagai tambahan, ini juga adalah untuk meneliti serta belajar nilai persekitaran pembelajaran campuran bagi menyokong  tahap pembelajaran pelajar menggunakan penilaian formatif.

2.      Kajian kepustakaan

- Dalam kajian EdD, terdapat 4 modul yang diperkenalkan mengenai tugasan projek bagi pelajar tahun 1 dan 2.  Modul-modul ini mempunyai pertalian dengan penilaian sumatif yang memberikan markah tugasan sebanyak 40%. Selain daripada itu juga, ia menerangkan mengenai tugasan/ penyelidikan individu yang dinilai dalam viva dan penilaian tesis.

- Dalam konteks polisi di 
UK, baru-baru ini garis panduan jaminan kualiti (QAA 2004) telah membuat penyeliaan
 kedoktoran tertakluk 
kepada peraturan yang lebih besar.


-Walaubagaimanapun, 
proses memulakan 
penyelidikan dan pembangunan  projek telah mendahului garis panduan ini. Kebimbangan yang mendorong terhadap kepentingan bagi 
projek yang dibiayai termasuk 
juga pembelajaran 
rakan sebaya yang tidak memberi sumbangan kepada
 pembelajaran serta kesedaran pelajar terhadap masa yang terhad dalam program EdD untuk
 menangani metodologi 
penyelidikan

- Oleh yang demikian, kajian ini cuba untuk meneroka kebergunaan laman web khusus untuk penilaian formatif 
dalam talian, dengan modul metodologi dan kaedah 
penyelidikan yang menjadi 
tumpuan utama penyelidikan dan
pembangunan projek pelajar.

- Ini kerana ke semua hasil projek/ penyelidikan pelajar adalah dinilai secara berterusan bermula dari kertas kerja sehingga siap projek. Ini dinamakan penilaian formatif.

3.    Metodologi

-Merupakan kajian kualitatif

- Kajian kes mengenai bagaimana penilaian formatif dapat menyokong perkembangan pembelajaran pelajar dalam peringkat pengajian lebih tinggi. Selain daripada itu, memberi fokus kepada latihan dalam membuat penilaian secara formatif di kalangan tutor.

- Membangunkan satu laman web yang mengaplikasikan pembelajaran kolaboratif antara tutor dan pelajar.

- Dengan izin pelajar, 
forum perbincangan data 
dalam talian dan maklum balas e-mel dimasukkan 
ke dalam dataset dan 
dianalisis menggunakan
unsur-unsur analisis 
wacana kritikal
(CDA) (Fairclough 1995, 2003).

- Penyediaan reka bentuk bagi tugasan tutor menggunakan struktur formatif. Menganalisis maklum balas emel yang diterima. Mengumpul respon pelajar melalui modul-modul tugasan yang diagihkan kepada mereka.

4.        Dapatan kajian

- Diterangkan dalam bentuk jadual iaitu ringkasan bagi isu-isu yang telah dikenal pasti daripada persoalan yang dibuat. Di dalam jadual ini membincangkan mengenai perspektif tutor dan pelajar terhadap penggunaan e-mel dalam proses P&P mereka.

- Secara umumnya, mereka berpendapat bahawa penggunaan e-mel dalam melakukan tugasan dan perbincangan dengan tutor dan pelajar adalah sangat menarik. Manakala bagi tutor, penilaian formatif dapat dijalankan dengan lebih mudah dengan adanya pembelajaran dalam talian ini.

- Menurut tutor, penggunaan e-mel memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dengan pelajar, manakala bagi pelajar pula, penggunaan e-mel dapat membantu pelajar pendidikan jarak jauh untuk berkomunikasi dengan pensyarah mereka dari segi penghantaran tugasan/ projek serta perbincangan antara penyelia.

5.      Perbincangan dan rumusan

- Dalam konteks ini, menilai maklum balas e-mel dan
menggunakannya untuk meningkatkan pekerjaan mereka (Boud dan Lee 2005). Kajian ini juga mengesahkan dimensi 
afektif yang kukuh dalam
menerima maklumbalas
yang dikenal pasti dalam konteks sarjana muda
(Carless 2006).

- E-mel digunakan oleh
pelajar untuk menguruskan dimensi 
afektif ini lebih baik, 
membuat maklum balas yang lebih berguna untuk
pembelajaran mereka.

- Penggunaan emel dapat membantu pelajar dan tutor berinteraksi secara terus tanpa perlu bersemuka tetapi hanya membuat perbincangan serta penghantaran tugasan secara dalam talian. Cara ini merupakan pembelajaran secara dalam talian yang juga dinilai secara kaedah formatif.

4
Application of formative assessment in college oral English teaching: An empirical study.
1.                 Pengenalan

- Menjelaskan bahawa penilaian formatif ini merupakan sebahagian daripada kepentingan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

- Keberkesanan penilaian formatif menghasilkan satu kesan positif terhadap pengajaran di kolej yang mana ia dihasilkan berdasarkan teori dan latihan.

2.                 Kajian kepustakaan

- Kini terdapat sebuah badan 
kesusasteraan dalam kepentingan penilaian formatif dan kesan
 penilaian formatif kepada
 pengajaran, banyak dijalankan di dalam kelas menengah atau 
rendah, terutamanya berhubung dengan matematik, sains dan Bahasa Inggeris (contohnya
Crooks,1988; Black,P. 1993; Bel, 
B. & Cowie, B., 2001). 

- Kajian penilaian formatif dalam pengajaran di  kolej, terutamanya
 dalam pengajaran Bahasa Inggeris  adalah agak terhad.

3.   Metodologi

- Dalam kertas kerja 
ini, penulis telah menjalankan satu pelan jangka 
pengajaran Bahasa Inggeris yang komprehensif dengan
 penilaian formatif, terutama dengan portfolio 
pelajar sebagai satu cara 
untuk menilai kemajuan mereka.

- Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat sama ada mod penilaian formatif boleh menukar autonomi pembelajaran pelajar, kepercayaan
dan strategi serta perbezaan.

- Reka bentuk dan prosedur ekperimen kajian.

·   Subjek
- 79 orang (43 lelaki dan 36 perempuan)


- Pelajar mahasiswa sepenuh masa, tahun tiga bagi School of Economy and Management, the North University of China.

- Sampel diambil daripada 2 kelas (julat umur 18-22 tahun).

- 1 kelas menggunakan reka bentuk ekperimen termasuk 37 orang pelajar yang berada dalam mod penilaian formatif .

-1 kelas kawalan mengandungi 42 orang pelajar daripada major berlainan tetapi jabatan yang sama berada dalam mod tradisional.

·       Instrumen
- Soal selidik pelajar autonomi
- Portfolio pelajar-pelajar

·       Prosedur
- Bagi kumpulan ekperimen; pelajar dikehendaki mempunyai protfolio masing-masing. Setiap aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris hendaklah dituliskan di dalam portfolio mereka. Guru akan menyemak protfolio pelajar seminggu sekali secara rawak.

- Menggunakan rakaman audio dalam pembelajaran bercakap termasuklah membacaa dan berdialog.

- Guru akan merekod setiap percakapan dan perbincangan bersemuka dengan pelajar.

- Bagi kumpulan kawalan; guru meneruskan pendekatan pengajaran seperti biasa.

- Melibatkan penilaian sumatif yang mana markah diambil berdasarkan kepada skor markah ujian yang dijalankan.
- Mengumpul data bagi soal selidik yang diproses mengunakan SPSS 11.5.

- Portfolio pelajar, pemerhatian yang direkod oleh guru merupakan data kualitatif.

4.    Dapatan kajian

- Different beliefs about autonomous learning held by the experimental class and the control class
·    Menggunakan T-test bagi Goal-setting beliefs yang mempunyai aras kesignifikanan sebanyak (p<05). Mod penilaian formatif adalah membantu untuk menghasilkan pelajar yan g autonomi.
·    Menggunakan T-test bagi  Independent-action beliefs tidak mencapai aras kesignifikanan sebanyak (p<05). Ini 
menunjukkan bahawa 
kebanyakan pelajar sedar tentang kepentingan
 pembelajaran kajian bebas Bahasa Inggeris.
·    Menggunakan T-test bagi  Evaluation beliefs yang mana min keseluruhannya adalah tinggi daripada 3.20 dan aras kesignifikanan adalah pada 0.05

- Different strategies about autonomous learning held by the experimental class and the control class
·  Kajian mendapati bahawa 
kebanyakan pelajar dalam
mod penilaian formatif mengambil masa yang lebih dalam strategi penetapan matlamat 
bagi kajian mereka 
daripada orang-orang yang 
dalam mod penilaian 
tradisional. Ini menunjukkan
 bahawa cara penilaian formatif boleh menyumbang kepada autonomi pelajar.

·  Disebabkan perubahan itu terletak dalam penilaian formatif berdasarkan
 portfolio,  portfolio
mampu memberi peluang kepada pelajar  untuk memegang jawatan,
tanggungjawab dan kawalan dan membuat mereka menjadi aktif
dalampembelajaran. Dalam 
portfolio, pelajar perlu membuat keputusan dan dengan itu 
mereka boleh mengawal
pembelajaran mereka sendiri.

·  Portfolio juga menyediakan
 pelajar kepada peluang-peluang untuk menjadi seorang yang  aktif dalam penilaian 
dan menjadi pelajar yang dapat membuat  taksiran terhadap sesuatu perkara Ini 
menggalakkan pelajar untuk mencerminkan
 pembelajaran mereka sendiri, untuk menilai kekuatan 
dan kelemahan mereka sendiri, 
dan mengenal pasti matlamat 
mereka sendiri dalam proses pembelajaran.

5.       Perbincangan dan rumusan

- Berdasarkan keputusan kajian ini, kepercayaan penetapan
matlamat pelajar, kepercayaan penilaian, bebas tindakan
strategi dan strategi penilaian
telah berubah . Dalam erti kata lain, mod penilaian formatif boleh mengubah pelajar '
kepercayaan pembelajaran autonomi dan strategi.




Bil
Jurnal
Penerangan mengenai Penilaian Formatif dan contoh
Rumusan Keseluruhan Penilaian Formatif
1
Formative assessment in an online learning environment to support flexible on-the-job learning in complex profesional domains.
- penilaian formatif dijalankan
semasa fasa pembelajaran 
dengan matlamat menggalakkan
pembelajaran

- Pembelajaran adalah
digalakkan melalui penilaian formatif apabila ia berjaya 
membantu pelajar mengenal pasti mata yang mereka lemah dan kuat , dan membimbing mereka untuk mengatasi mata pelajaran yang lebih lemah 
semasa proses pembelajaran (Boud 1990;  Dierick dan Dochy 2001; Topping 2003)

-  Dalam kes penilaian formatif, tugas-tugas pengajaran 
dan tugas-tugas penilaian formatif boleh sama.

- Para pelajar boleh melakukan tugasan mereka, menilai 
prestasi mereka mengenai tanggungjawab itu, membuat keputusan dalma meningkatkan prestasi mereka, 
dan pilih satu tugas yang akan membantu mereka meningkatkan prestasi.

- Mereka juga membenarkan 
prestasi mereka dinilai, 
diagnosis dan tugasan  yang dipilih oleh orang lain (misalnya, guru, penyelia, 
atau rakan sebaya; Sluijsmans et al. 1998, 2006 ).

- Dalam bidang- bidang yang
 kompleks, yang menentukan
 kriteria penilaian dan standard 
adalah sukar, dan begitu juga belajar untuk memahami 
dan menggunakan mereka.

- Melalui kerja dalam tugas-tugas ini, pelajar pada masa yang sama boleh meningkatkan
 pengetahuan dan kemahiran 
domain mereka, memperoleh 
pengetahuan kriteria penilaian 
dan standard untuk domain, 
dan  kemahiran penilaian  diri, 
dengan menilai kualiti mereka sendiri atau prestasi rakan-rakan sebaya. 

Secara kesimpulannya, penilaian formatif ini merupakan satu penilaian yang dinilai terhadap diri sendiri serta penilaian oleh guru-guru kepada hasil tugasan pelajar-pelajarnya. Penilaian formatif ini tidak mempunyai waktu yang terhad untuk dinilai, yang mana semua aspek tidak kira dari segi penilaian tugasan, penilaian peribadi pelajar, ia boleh dinilai secara berterusan. Oleh yang demikian, penilaian formatif ini mempunyai 2 jenis iaitu penilaian formatif yang formal  (dirancang) dan yang interaktif (tidak formal).

Sebagai contoh, penilaian formatif bagi kursus pembelajaran kendiri bagi perisian GIMP (GNU Image Manipulatin Program) ini akan dinilai dengan cara berterusan iaitu melihat kepada keaktifan pelajar dan pengguna yang memasuki laman Moodle untuk mencuba aktiviti-aktiviti pengeditan gambar. Proses pembelajaran ini adalah secara dalam talian yang mana pelajar atau pengguna yang berminat untuk belajar asas-asas pengeditan imej secara percuma dan dapat memuat turun perisian GIMP itu juga secara percuma. Ini kerana GIMP merupakan open source software. Sebarang pertanyaan dan perbincangan mengenai penggunaan dan pengeditan GIMP ini boleh dibincangkan di dalam Moodle tersebut yang boleh diakses oleh semua pengguna internet yang berminat.

Pelajar-pelajar seta pengguna GIMP ini juga boleh memuat naik gambar-gambar yang telah mereka edit untuk perkongsian bersama-sama dengan rakan yang lain. Oleh itu, di sini dapat mewujudkan interaksi serta komunikasi dan pembelajaran kolaboratif antara pengguna dengan pengguna dan pengguna dengan  fasilitator.
2
Using Information Technology To Carry Out Formative Assessment.
 - Penilaian formatif memberi idea kepada tenaga pengajar mengenai jurang dalam pembelajaran, perbezaan antara matlamat pembelajaran dan tahap semasa pembelajaran.

- Secara teorinya, maklum balas dalam komunikasi antara guru dan pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pencapaian tugasan pelajar adalah satu perkara yang boleh dilihat sekarang ini.

- Proses bagi penilaian formatif termasuklah diri pelajar itu sendiri. Mereka merupakan peserta dalam kedua-dua penilaian iaitu penilaian oleh orang lain dan juga penialian terhadap diri sendiri. Dengan penilaian formatif, pelajar tersebut boleh meningkatkan pembelajaran kendiri masinng-masing.  

- Menggunakan maklum balas daripada guru-guru kepada para pelajar, pelajar-pelajar dapat memahami apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai target yang mereka inginkan dalam sesuatu pembelajaran. Sekiranya perlu pelajar boleh berkongsi kriteria bagi penilaian tersebut ; apa dan bagaimana ia boleh diakses.

3
Using email for formative assessment with profesional doctorate students.
- Contoh:- penggunaan emel dalam  proses P&P iaitu pembelajaran secara dalam talian.

-
4
Application of formative assessment in college oral English teaching: An empirical study.
- Bagi kumpulan ekperimen; pelajar dikehendaki mempunyai protfolio masing-masing. Setiap aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris hendaklah dituliskan di dalam portfolio mereka. Guru akan menyemak portfolio pelajar seminggu sekali secara rawak.

- Menggunakan rakaman audio dalam pembelajaran bercakap termasuklah membaca dan berdialog antara kawan-kawan yang lain. Topik diberikan oleh guru tersebut. kandungan bagi setiap topik yang diberikan adalah berdasarkan kepada pengajaran yang lepas. Kemudian guru akan mengutip tape atau fail audio, mendengar serta memberi maklum balas  seperti kesalahan sebutan, tatabahasa dan cadangan sekiranya perlu.  

- Guru akan merekod setiap percakapan dan perbincangan bersemuka dengan pelajar. Kaedah bersemuka antara guru dengan pelajar merupakan satu bahagian yang penting.

- Bagi kumpulan kawalan; guru meneruskan pendekatan pengajaran seperti biasa.

- Melibatkan penilaian sumatif yang mana markah diambil berdasarkan kepada skor markah ujian yang dijalankan.






Jurnal
Kekuatan
Kelemahan
Formative assessment in an online learning environment to support flexible on-the-job learning in complex profesional domains.
- Hasil dapatan jelas
- Penemuan ditafsirkan dengan betul
- Membuat kesimpulan dengan memberikan bukti dengan setiap hasil kajian.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan persekitaran pembelajara secara dalam talian serta penggunaan penilaian formatif.

Komponen-komponen bagi persekitaran pembelajaran dalam talian

- Komponen-komponen bagi persekitaran pembelajaran secara dalam talian dibahagikan kepada 4 bahagian dan mempunyai tahap yang berbeza. Antaranya ialah bagi bahagian pertama menerangkan mengenai pemilihan situasi yang mana kita menggunakan situasi profesional sebagai komponen pertama.

- Situasi ini saling berkait rapat dengan pemilihan perkara yang rumit/ kompleks. Bagi pemilihan perkara yang kompleks ini dibahagikan kepada 3 iaitu kompleks pada tahap rendah, medium, dan tinggi yang disertakan dengan pemilihan tugasan bermula dengan pemantauan, analisis, mengenalpasti dan kemahiran.

- Tugasan-tugasan itu akan dilaksanakan dengan melihat kembali video dan skor pemerhatian terhadap tingkah laku, maklum balas dan penilaian kendiri (perbandingan jawapan dan maklum balas pelajar).

- Bagi kaedah / metodologi kajian; tidak diterangkan dengan jelas metod yang digunakan.Metod tidak mencukupi.

Using Information Technology To Carry Out Formative Assessment.
- Hasil dapatan jelas dengan meletakkan gambarajah aktiviti dalam laman Moodle
- Aktiviti-aktiviti bagi penilaian formatif diterangkan dengan jelas dengan menggunakan teknologi pembangunan Moodle sebagai tapak tempat untuk proses P&P

 - Membuat kesimpulan secara keseluruhan terhadap aktiviti/strategi bagi penilaian formtaif dengan menggunakan kemudahan teknologi.

- Memperkenalkan satu pendekatan baru dalam prose P&P iaitu penggunaan e-portfolio pelajar. Dari situ penilaian formatif pelajar turut dapat dinilai.

- Tidak menjelaskan mengenai statistik responden yang melakukan setiap aktiviti dalam laman Moodle tersebut.


Using email for formative assessment with profesional doctorate students.
- Pusingan pertama formatif  forum perbincangan online bersama rakan-rakan yang tertumpu kepada 
cadangan penyelidikan draf pelajar,
diikuti pusingan kedua pula merupakan cara penyelidikan draf 
mereka. 

-Setiap pusingan formatif bersama rakan-rakan akan diikuti dengan
 penilaian formatif  oleh tutor, pelajara akan menyemak 
semula e-mel bagi draf cadangan
 penyelidikan dan  kemudian draf instrumen mereka kepada tutor, 
yang mana tutor tersebut akan bertindak balas dengan maklum balas e-mel mengikut setiap individu.

- Pusingan ketiga pula merupakan maklum balas tutor terhadap  draf tugasan pelajar , ini 
mencerminkan metodologi 
bagi kajian rintis instrumen mereka.

- Tidak menjelaskan maksud penilaian formatif dengan lebih jelas.

- Sedikit sahaja perkaitan antara penggunaan emel dalam proses P&P dengan proses penilaian formatif bagi menilai hasil tugasan pelajar.

- Bahasa yang digunakan sukar untuk difahami

- Isi-isi kandungan juga susah untuk difahami secara terus kerana banyak menggunakan perkataan yang sukar difahami maksudnya.
Application of formative assessment in college oral English teaching: An empirical study.
- Menjelaskan dengan terperinci mengenai metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

- Prosedur bagi kajian ini diterangkan dengan sangat terperinci dan bagaimana ia dijalankan.

- Membuat perbincangan dan menerangkan dapatan utama kajian dengan jelas mengenai penilaian formatif yang digunakan dalam proses P&P Bahasa Inggeris.


- Tidak mempunyai ciri-ciri abstrak sepenuhnya.

-



v  Keempat-empat prosiding mengemukakan tajuk yang sesuai dengan isu yang hendak dikaji. Jumlah patah perkataan ada yang melebihi dan tidak melebihi 15pp.
v  Penulisan abstrak yang baik walaupun hanya dalam BI sahaja.
v  Pendahuluannya dimulakan dengan pendapat penulis dan disokong oleh kajian-kajian terdahulu. Ada kesinambungan dan dapat menarik pembaca untuk terus mendalami nya.
v  Pernyataan masalah/ Persoalan kajian/ Objektif tidak seragam penggunaannya.
v  Metodologi kajian merupakan bahagian yang dihuraikan dengan baik tetapi tidak merangkumi ke semua aspek yang perlu ada dalam bahagian tersebut.
v  Penjelasan dapatan kajian terlalu terperinci walaupun ianya tidak signifikan. Terdapat penulisan ayat-ayat yang panjang dalam perbincangan. Sukar untuk difahami dan tiada sokongan kajian lain dinyatakan.
v  Cadangan yang dikemukakan dapat membantu pihak tertentu membuat penambahbaikan.
v  Rujukannya terkini dan ditulis dengan format yang betul. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa rujukan yang sudah lama juga turut digunakan. (90an sahaja) dan selebihnya adalah rujukan yang merujuk kepada tahun 2000 ke atas.

No comments:

Post a Comment