Monday, January 30, 2012

ULASAN JURNAL 2: Pentaksiran Sumatif

3  JURNAL PENTAKSIRAN SUMATIF




Bil
Tajuk Jurnal
Tujuan/ Bidang/ Tajuk artikel
Rumusan Keseluruhan Jurnal
1
Taras, M.2010. Back To basic:definitions and processes of assessments. Revista Práxis Educativa, 5(2):123-130.
- Artikel ini menerangkan 
konsep penilaian formatif dan sumatif yang telah menjadi satu inspirasi kepada masyarakat dalam dunia pendidikan sekarang ini. Penilaian kepada teori dan praktikal dalam konteks pedagogi dan teori-teori pembelajaran telah menjadi satu isu kontroversi yang ditimbulkan. Walau bagaimanapun, Taras
 berpendapat bahawa konsep penilaian termasuk penilaian formatif adalah yang terbaik dan berkesan serta mempunyai hubungan yang rapat dengan penilaian sumatif dan penilaian kendiri.

- Oleh yang demikian, artikel jurnal ini membincangkan konsep-konsep asas penilaian, sumatif, formatif, penilaian kendiri serta maklum balas yang saling berkaitan antara satu sama lain. Prinsip-prinsip yang wujud dalam artikel ini menetapkan parameter ke semua proses penilaian dan amalan sebagai sebahagian daripada urutan yang logik dan rangka kerja. 

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 8 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

Ketiga-tiga tajuk jurnal sangat jelas dan menjurus kepada kajian penilaian sumatif. Tetapi tidak ke semuanya membincangkn penggunaan penilaian sumatif bagi pembelajaran pendidikan komputer, sebaliknya merangkumi keselurahan pembelajaran dalam aspek yang lain. Bagi jurnal 2, lebih kepada bagaimana penilaian formatif itu berganding dengan dengan penilaian sumatif. Ini bermaksud penilaian sumatif adalah diperlukan dalam sesuatu proses P&P tidak kira pendidikan komputer mahupun mana-mana kursus lain. Dengan adanya penilaian sumatif ini ia dapat membantu menyempurnakan penilaian P&P bagi guru/pensyarah mahupun para pelajar.



Kesemua tajuk artikel tidak melebihi 15 patah perkataan dan sesuai dengan huraian isi.Tajuk kajian fokus kepada Penilaian sumatif. Perbezaannya ialah sasaran kajian. Menghuraikan seluruh kandungan kajian dengan tepat dan jelas.
2
Taras, M.2009. Summative assessment: the missing link for formative assessment. Journal of Further and Higher education, 33(1): 57-69.
- Artikel ini menerangkan mengenai penerimaan penilaian dalam proses pembelajaran. Penilaian untuk pembelajaran meletakkan hasil kerja pelajar, amalan pengajaran, membaca oleh guru-guru adalah penting dalam konteks pendidikan.Penilaian ini memberi kesan yang mendalam pada semua orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini juga membincangkan definisi penilaian formatif, teori penilaian pembelajaran, dan bagaimana kesan penilaian tersebut ke atas amalan-amalan seharian dalam P&P.

Kekurangan dan percanggahan pengajaran dan kepaduan dalam teori dan amalan. Salah satu penyelesaian adalah satu anjakan paradigma mendasari definisi penilaian formatif dan sumatif dalam proses penilaian dan bukan hanya pada fungsinya penilaian tersebut sahaja.

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 8 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

3
More, N.B.2010. Assessing the Efficacy and Effectiveness of an E-Portfolio Used for Summative Assessment. Interdisciplinary Journal of e-learning and Learning Objects, 6 : 61-85
- Artikel ini menerangkan mengenai Portfolio elektronik (e-portfolio) merupakan paradigma dalam e-pembelajaran konstruktivis. Mereka mampu
melibatkan pelajar dalam pembelajaran mendalam semasa berkhidmat sebagai cara yang bermakna untuk kedua-dua pelajar dan fakulti untuk
melibatkan diri dalam penilaian.

E-portfolio telah ditunjukkan kepada cara yang sah
untuk mendokumenkan kemajuan pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih besar dalam proses pembelajaran
mempamerkan sampel kerja, dan menyediakan satu kaedah pembelajaran kurikulum dan penilaian hasil
penilaian (Buzzetto-, 2006).

Banyak institusi sekarang ini melakasanakan projek portfolio untuk penilaian sumatif serta untuk menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran dengan lebih mendalam. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji perspesi pelajar terhadap penggunaan e-portfolio ini.

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 12 p/p.
- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.



Jurnal
Abstrak
Rumusan Keseluruhan Abstrak
1
Back To basic:definitions and processes of assessments
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Tidak membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian. 

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas tetapi tidak menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian sumatif bagi P&P

- Tidak menerangkan mengenai implikasi kajian ini.
Kekuatan :Semua kronologi yang dikemukakan mempunyai kronologi penyelidikan yang berbeza.

Kelemahan :Secara keseluruhannya masih lemah dalam aspek kronologi atau penyusunan penulisan dalam artikel jurnal.  



Kekuatan :3 artikel yang dibaca mengemukakan  abstrak. Tetapi tidak semua  abstrak bagi jurnal tersebut ditulis dengan lengkap mengikut keperluan yang perlu ada dalam abstrak.

Kelemahan :Tiada terjemahan abstrak dalam Bahasa Melayu

2
Summative assessment: the missing link for formative assessment.
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.

- Tidak membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian tetapi ada menceritakan mengenai responden yang terlibat.

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas tetapi tidak menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian sumatif bagi P&P. Hanya menerangkan apa itu penilaian sumatif, formatif

- Ada menerangkan mengenai implikasi kajian ini.

- Ada menerangkan kekurangan dan percanggahan penilaian terhadap amalan-amalan ynag menggunakan proses penilaian sumatif.
3
Assessing the Efficacy and Effectiveness of an E-Portfolio Used for Summative Assessment.
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.
- Tidak membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian tetapi ada menceritakan mengenai responden yang terlibat.
- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas dan ada menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian sumatif bagi P&P.



Jurnal
Penghujahan
Rumusan Keseluruhan Penghujahan
1
Back To basic:definitions and processes of assessments
1.Pengenalan
Kajian ini meneroka prinsi-prinsip bagi proses penilaian dalam konteks fungsi-fungsi yang dijalankan dalam penilaian (sama ada pra-pemilihan atau pemilihan selepas penilaian dibuat). Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif dengan adanya proses penilaian bermula dari penilaian formatif, penilaian sumatif serta penilaian kendiri.

2.Kajian kepustakaan
Tidak menyatakan secara spesifik topik kecil bagi kajian literatur tetapi membincangkan mengenai teori-teori pembelajaran, bahasa, penilaian atau pemarkahan, definisi penilaian, penilaian sumatif, fungsi dan proses penilaian, maklum balas dan penilaian formatif, hubungan antara penilaian sumatif, formatif dan maklum balas, hubungan antara penilaian sumatif, formatif dan penilaian kendiri dan akhir sekali adalah mengenai implikasi terhadap proses-proses penilaian dan fungsi-fungsinya.

3.Metodologi
Tidak membincangkan metodologi kajian dengan terperinci

4.Dapatan kajian
Tidak mempunyai sebarang dapatan kajian

5. Perbincangan dan rumusan
Hanya terdapat kesimpulan akhir bagi kertas konsep ini. Kertas konsep ini menerangkan konsep serta kesignifikanan implikasi penilaian dalam pembelajaran seseorang yang mana melibatkan penilaian kepada pembelajaran kendiri, pembelajaran secara berkumpulan/koperatif.
Kekuatan :Huraian tentang kajian yang hendak dijalankan jelas, ada kesinambungan dan mempunyai elemen-elemen penting yang perlu ada dalam pengenalan. Pengenalannya membawa pembaca ke dalam penulisannya

Kelemahan :
- penulisan pendahuluan yang terlalu panjang. Binaan ayat setiap hujahan terlalu kompleks sehingga merosakkan struktur bahasa, terutamanya bagi jurnal 3

-Tidak memperincikan pendahuluan mengenai apa itu penilaian sumatif dan kepentingannya dalam pendidikan komputer.





Kelemahan: Tiada keseragaman dalam penulisan kajian bagi ketiga-tiga jurnal.


Kekuatan : merangkumi aspek yang perlu ada dalam kajian.
Setiap jurnal mempunyai kekuatannya tersendiri.Penulisan yang lengkap metodologi dapat membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan membuktikan kepada pembaca.


Kelemahan: Penerangan dalam Metodologi kajian tidak merangkumi kesemua aspek yang perlu ada iaitu Kaedah kajian, Instrumen kajian, Subjek kajian, Prosedur kajian.

Kelemahan:
jurnal 1, 2 dan 3 yang tidak mengikut urutan penulisan metodologi yang sebenar.


Kekuatan : Hanya jurnal ketiga sahaja menjelaskan dengan lengkap semua profil dan jadual dan tidak hanya memilih untuk menjelaskan dapatan yang yang signifikan semata-mata. Penerangan yang mudah di fahami


Kelemahan :Jurnal 1 dan 2 tidak mengemukakan dapatan kajian namun lebih kepada penulisan fakta dan konsep-konsep serta mengaitkan dengan teori-teori yang relevan dengan tajuk


Kekuatan: Jurnal 3 membincangkan dapatan dengan baik. Ada kesinambungan dan sokongan kajian lain.  perbincangan yang tepat dan terperinci


Kelemahan: Jurnal 1 dan 2 tiada perbincangan dinyatakan dengan terperinci. Ayat yang panjang menyebabkan sukar untuk difahami. Penjelasan dapatan tiada sokongan kajian lain untuk menguatkan dapatannya.


Kekuatan :Kesimpulan bagi setiap kajian membawa pembaca kepada rumusan berkaitan tajuk kajian

Kelemahan : Penulisan  yang terlalu ringkas

2
Summative assessment: the missing link for formative assessment.
1.     Pengenalan
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji praktis/amalan dan teori pembelajaran. Membincangkan mengenai kerangka teoritikal bagi sesuatu kerja, yang mana ia diperlukan untuk menyediakan asas-asas amalan dan sokongan bagi pelajar dan pembelajaran.

2.     Kajian kepustakaan
Tidak membincangkan dengan satu tajuk yang khusus bagi kajian literatur tetapi ada menerangkan mengenai proses bagi penilaian, fungsi-fungsi bagi penilaian, kajian untuk menyokong kerangka kerja bagi kajian tersebut, teori yang diamalkan: aktiviti-aktiviti bagi penilaian formatif (soalan-soalan, maklum balas berdasarkan pemarkahan, penilaian kendiri dan juga kawan-kawan oleh para pelajar, formatif menggunakan ujian sumatif dan cara menyelesaikan masalah-masalah semasa yang wujud ketika proses amalan.praktis dijalankan).

3.      Metodologi
Tidak membincangkan metodologi kajian dengan terperinci, tetapi ada membincangkan mengenai responden yang terlibat bagi kajian tersebut (48 orang guru bagi 6 buah sekolah, yang sedang menjalani projek kajian dalam 2 atau setahun setengah )

4.     Dapatan kajian
Tidak mempunyai sebarang dapatan kajian

5.     Perbincangan dan rumusan
Hanya mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan artikel ini.
3
Assessing the Efficacy and Effectiveness of an E-Portfolio Used for Summative Assessment.
1.    Pengenalan
E-portfolio adalah penyusunan yang tersusun, yang menunjukkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pencapaian termasuklah kredibiliti dan artifak yang diperoleh. Perkara ini disesuaikan untuk mewakili keunikan pelajar/individu, refleksi untuk menggalakkan pembelajaran di kalangan pelajar. E-portfolio juga boleh merangsang dialog mengenai pembelajaran antara tenaga pengajar dengan pelajar, pelajar dengan rakan-rakan sebaya yang mana medium ini menyediakan maklum balas mengenai portfolio serta tugasan-tugasan yang dilakukan pelajar. Sistem e-portfolio ini juga merupakan satu sistem pengurusan yang digunakan untuk menyimpan hasil kerja individu, serta penilaian e-portfolio. Sebagai contoh meletakkan rekod akademik, esei, laporan projek, tugasan, fail audio dan video, penilaian, peribadi dan lain-lain yang berkaitan dengan matlamat pembelajaran.

2.      Kajian kepustakaan
Konsep konstruktivisme sosial ang ditakrifkan oleh Vygotsky (1978) merujuk kepada seseorang individu
pembinaan makna dalam konteks sosial yang didasarkan pada idea bahawa pengetahuan baru
dibina di atas pengetahuan terlebih dahulu membentuk struktur kognitif baru. Apabila digunakan untuk pengajaran dan
belajar menjadi constructivism, satu konsep teori pendidikan yang mencadangkan pembelajaran yang paling berkesan apabila pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran yang melibatkan penemuan, mempersoalkan, perbincangan, hujah, membuat pertimbangan, dan idea dan pembentukan pendapat.

 E-pembelajaran telah dinamakan mampu menyokong persekitaran pembelajaran konstruktivis yang diri diarahkan,bergantung kepada wacana dalaman dan luaran, reflektif, dan berasaskan masalah (Buzzetto 2006). E-pembelajaran adalah lebih konstruktif dengan menggunakan pembelajaran berasaskan e-portfolio.

Ahn (2004) merujuk kepada portfolio elektronik sebagai mekanisme yang paling berkesan dan cekap untuk menggalakkan
pemikiran pelajar tentang proses pembelajaran mereka sendiri dan untuk guru-guru serta rakan-rakan sebaya dalam memberi maklum balas tentang pembelajaran. Di samping itu, keberkesanan
portfolio elektronik adalah peluang yang diberikan kepada pelajar untuk menilai pembelajaran masing-masing
dan bekerjasama dengan orang lain pada masa yang sama bergerak ke arah matlamat yang telah ditakrifkan dengan jelas. Ini menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam penilaian kendiri dengan menghendaki pelajar untuk meneliti perkembangan mereka, serta
sebagai kekuatan dan kelemahan mereka (Corbett-Perez & Dorman 1999).

3.     Metodologi
Menjelaskan mengenai pembangunan portfolio elektronik dan implementasi model. Merangkumi 4 tahap iaitu tahap 1: mengenal pasti keperluan; tahap 2:  penentuan, penilaian dan bajet; tahap 3: pemilihan sistem dan strategi perancangan dan tahap 4: pembangunan/pembinaan

-Penggunaan LMS, serta rubrik yang dibangunkan untuk mengakses portfolio pelajar-pelajar. Rubrik ini direka bentuk untuk memastikan matlamat pembelajaran tercapai. Prestasi merupakan satu indicator bagi menilai kriteria serta tugasan-tugasan para pelajar. Secara keseluruhan, rubrik yang telah direka secara menyeluruh
untuk memudahkan penilaian penilai, untuk memberi maklum balas yang bermakna kepada pelajar, dan untuk menjana data berguna yang boleh diagregatkan / pecahan dan dianalisis untuk melaporkan dan membuat keputusan.

4.        Dapatan kajian
Terdapat hasil dapatan kajian mengenai topik yang dibincangkan. Soal selidik diagihkan melalui emel yang mengandungi pautan ke kaji selidik tersebut. Secara keseluruhannya, 147 emel diedarkan dan menerima lawatan daripada pihak luar adalah sebanyak 118 dan hanya 106 yang menjawabnya sehingga selesai.

5.      Perbincangan dan rumusan
Terdapat 10 soalan berkaitan dengan e-portfolio. Antara soalan yang dibincangkan adalah seperti keseronokan membuat portfolio, perasaan melakukan e-portfolio, faedah yang diperoleh oleh pelajar apabila dapat belajar membuat portfolio, penggunaan e-portfolio dalam membangunkan kemahiran berorganisasi dan lain-lain.
Seterusnya adalah menganalisis rubrik pelajar. Terdapat 10 perkara yang berkaitan dengan rubrik ini antaranya ialah matlamat pembelajaran dalam pemikiran secara kritikal, matlamat pembelajaran bagi komunikasi, matlamat pembelajaran dalam kemahiran kuantitatif,  pembelajaran bagi perspektif kepimpinan serta sikap, pembelajaran bagi literasi teknologi, pengetahuan, orientasi profesional, refleksi, reka bentuk dan akhir sekali ialah mengenai kualiti e-portfolio tersebut.


Bil
Jurnal
Penerangan mengenai Penilaian Sumatif dan contoh
Rumusan Keseluruhan Penilaian Sumatif
1
Back To basic:Definitions and processes of assessments
Penilaian vs Pemarkahan.

Penekanan yang lebih akan diberikan kepada penilaian sumatif. Dalam bidang pendidikan, dengan dunia globalisasi penyelidikan, perbezaan penilaian dan pemarkahan menjadi semakin kompleks yang mana penilaian terhadap sesuatu dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diberi keutamaan. Sebagai contoh di Universiti, penilaian diberikandalam meneliti sesuatu dokumentasi program, kursus bagi spektrum Universiti, manakala penilaian lain pula meliputi mikro tugasan, dan penilaian unit yang lebih kecil iaitu hasil kerja pelajar.


Definisi Penilaian.

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian? Istilah ini biasanya merujuk kepada penghakiman dan ia adalah satu proses yang kemudiannya turut diserapkan sebahagian besar dalam kehidupan kita. Dalam konteks pendidikan, ini juga berlaku di semua peringkat tetapi dalam konteks yang pelbagai. Walau bagaimanapun, penilaian adalah penilaian dan semua boleh dinilai dan diadili termasuklah P&P di bilik kuliah, hasil kerja guru/ pensyarah/
pelajar dan lain-lain.

Penilaian sumatif.

Seperti yang diketahui, penilaian sumatif biasanya disamakan dengan ujian atau peperiksaan akhir. Dalam proses P&P di universiti, penilaian sumatif ini merupakan satu maklum balas daripada kerja bergred yang mana penilaian sumatif adalah seiring dengan penilaian formatif. Kedua-dua penilaian ini adalah saling menyokong antara satu sama lain bagi menyokong sepanjang proses pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun, penilaian sumatif dan peperiksaan luaran dilihat tidak semuanya adalah negatif. Ini kerana pencapaian pelajar dalam keputusan peperiksaaan turut menjadi satu laluan untuk masa depan yang baik. Tradisi ini mungkin mempunyai sudut yang negatif kerana, ia mempunyai masalah dalam amalan rasuah dan ini merupakan satu impak yang besar dalam dunia pendidikan.


Fungsi penilaian sumatif.

Pembelajaran penyelidikan menitiberatkan penilaian sumatif dan formatif, yang mana penilaian sumatif ini merujuk kepada peperiksaaan luaran semata-mata untuk mendapatkan gred peperiksaan tersebut manakala penilaian formatif pula merujuk kepada yang memberi maklum balas dalam bilik darjah, dalam erti kata lain, penilaian berterusan.

Penilaian formatif  menjadi satu sokongan terhadap kerja-kerja penilaian sumatif, ini kerana sesuatu penilaian memerlukan satu ketegasan dan penjagaan yang teratur dan rapi bagi mengelakkan implikasi terhdapa kebolehpercataan dan kesahihan penilaian. Penilaian ini adalah untuk menyokong P&P , dan mempunyai ciri-ciri positif yang umumnya disebabkan oleh penilaian formatif. Oleh yang demikian, penilaian yang berkula dengan latihan dalam P&P yang tidak formal juga boleh digunakan untuk keputusan-keputusan yang kritikal.

Hubungan antara penilaian sumatif, formatif dan maklum balas.

Penilaian sumatif adalah diperlukan untuk menilai kualiti kerja sebelum maklum balas boleh diberikan kepada pelajar. Maklum balas tidak boleh datang dengan sendirinya tanpa adanya penilaian, ini kerana pemeriksaan hasil kerja dengan merujuk kepada kriteria-kriteria masing-masing memerlukan penilaian sumatif ini. Dengan wujudnya penilaian ini, sesuatu kriteria yang tersirat dan tersurat serta piawaian akan dipertimbangkan. Tetapi apa yang membezakan penilaian sumatif dan formatif ini adalah kedua-duanya digunakan oleh pelajar untuk mengemaskinikan dan meningkaykan kerja-kerja (atau sekurang-kurangnya, untuk memahami apa yang perlu dilakukan dan bagaimana).

Penilaian sumatif ini tidak termasuk dengan maklum balas (atau pengesahan keputusan) dan beberapa gred atau reaksi fizikal. Oleh yang demikian, penilaian sumatif dan formatif ini mempunyai satu penghubung dan kaitan dalam proses penilaian sehingga terhasilnya maklum balas daripada pihak yang dinilai dan penilai. Bagi penilaian kendiri pula, ia merupakan satu proses penilaian formatif yang digunakan untuk menyokong proses pembelajaran kendiri pelajar.
Secara kesimpulannya, penilaian sumatif ini merupakan satu penilaian yang dinilai terhadap diri sendiri serta penilaian oleh guru-guru kepada hasil tugasan pelajar-pelajarnya. Penilaian  sumatif  ini dibuat penilaiannya berdasarkan kepada beberapa ujian atau latihan yang disertakan ketika latihan praktikal dilakukan.

Sebagai contoh, penilaian  sumatif  bagi kursus pembelajaran kendiri bagi perisian GIMP (GNU Image Manipulatin Program) ini akan dinilai dengan melihat kepada hasil kerja yang telah diberikan kepada para pelajar mahupun pengguna GIMP yang lain.  Proses penilaian sumatif ini juga turut berlaku secara dalam talian yang mana pelajar atau pengguna yang berminat untuk belajar asas-asas pengeditan imej secara percuma dan dapat memuat turun perisian GIMP itu juga secara percuma. Ini kerana GIMP merupakan open source software. Sebarang pertanyaan dan perbincangan mengenai penggunaan dan pengeditan GIMP ini boleh dibincangkan di dalam Moodle tersebut yang boleh diakses oleh semua pengguna internet yang berminat. Selain daripada itu, perbincangan serta maklum balas antara fasilitator dengan pengguna GIMP juga berlaku secara maya dan ini turut dinilai sebagai penilaian/ ujian sumatif.

Penerangan mengenai penilaian sumatif ini dijelaskan dalam model ID pada Lapisan ketiga yang mana ia merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan pengkomputeran berpusat manusia.

Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan pelajaran, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid yang merangkumi
Pembelajaran kendiri, Pembelajaran bersemuka, CMC dan penilaian rubrik, pembinaan model ID, inventori kandungan pelajaran, pembinaan modul web (blog/moodle) dan pembinaan Lembaran Kerja (Adobe Sheet), pengubahsuaian berasaskan keperluan pelajar, dan pengujian kepenggunaan berasaskan lima konstruk besar: keberkesanan, kebolehbelajaran, kemudahgunaan, keanjalan dan sikap pelajar terhadap penggunaan pakej multimedia Aplikasi GIMP. 

Pengujian kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian sumatif 1 pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif 2 pada peringkat implementasi..
2
Summative assessment: the missing link for formative assessment.
Kajian ini dijadikan satu piawaian manual kepada penyelidik-penyelidik, para pensyarah, guru-guru pelatih, guru-guru dan pelajar-guru.

Seperti yang diketahui, penilaian merupakan satu mekanisme yang membawa kepada proses penghakiman. Penghakiman ini tidak boleh direka tanpa vakum iaitu kriteris-kriteria yang ingin dinilai/ piawaian. Penilaian yang dititikberatkan adalah cara memberi konteks pembelajaran yang pelbagai antara setiap individu. Proses penilaian ialah satu proses tunggal untuk membuat penghakiman berdasarkan kriteris dan piawaian-piawaian.
Kajian ini melihat kepada penggunaan maklum balas daripada pelajar kepada guru-guru dan para guru kepada para pelajar. Para guru bekerja dengan sistematik dengan adanya prosedur-prosedur penilaian untuk melakukan tijauan semula bagi mengambil tindakan terhdap penilaian yang telah dilakukan.

Contohnya ialah proses menyoal, maklum balas, perkongsian kriteria dan penilaian kendiri. Pembangunan satu projek akan dipenuhi dengan  maklum balas dan ujian penilaian kendiri, penilaian formatif dan penilaian sumatif.Keempat-empat proses ini iaitu ke semua kriteria yang telah disebut tadi akan dianalisis secara ringkas dan diperiksa untuk memastikan projek dalaman teratur.

Pada permulaan sesuatu ujian, terdapat 3 pembaharuan yang menyumbang ke arah penggunaan formatif kepada ujian sumatif. Pertama, pelajar akan mengkaji semula struktur setiap soalan yang diperoleh, mereka juga akan membuat penyemakan untuk memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian yang lemah dengan berbincang bersama rakan-rakan. Kedua, pelajar-pelajar yang bersedia untuk menjawab peperiksaan akan  mencuba menjawab soalan-soalan yang bersesuaian dan menandanya sendiri setiap soalan-soalan tersebut. Ini dapat membantu pelajar memahami proses penilaian dan memberi tumpuan kepada usaha-usaha mereka untuk memperbaikinya ketika peperiksaan yang sebenarnya. Ketiga pula adalah inovasi iaitu perubahan selepas ujian sebagai satu peluang untuk kerja-kerja pembentukan diri dan pembaikan ke arah yang lebih efektif.

Berdasarkan penilaian sumatif ini, ia dapat membantu guru-guru dalam memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian yang lemah dan dengan itu tumpuan yang lebih akan diberikan dalam proses pembelajaran sesuatu subejk berikut. Ketiga-tiga inovasi yang terlibat ini dapat membantu pelajar memahami dan melibatkan diri dengan kritteria, memahami proses penilaian dan mencerminkan hasil kerja mereka dan rakan-rakan merkena dengan lebih berkesan.

Cadangan yang dikemukakan juga adalah menghasilkan soalan peperiksaan kepada pelajar bagi sesuatu topik dalam kelas. Ini dapat membantu guru
tersebut memahami dan mengetahui kelemahan pelajar-pelajar mereka dalam aspek-aspek tertentu.



Keseluruhan daripada mesej yang ingin disampaikan dalam kajian ini adalah menunjukkan bahawa ujian sumatif  ini harus dilihat secara positif yang mana ia turut memainkan peranan dalam proses pembelajaran.
3
Assessing the Efficacy and Effectiveness of an E-Portfolio Used for Summative Assessment.
Pengimplementasi e-portfolio sebagai salah satu projek yang harus dibangunkan oleh para pelajar dengan menggunakan penilaian sumatif. Ini adalah untuk memberi satu galakan kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran dengan lebih mendalam dan refleksi kendiri.
Penggunaan e-portfolio ini dapat membantu tenaga pengajar bagi menilai hasil tugasan para pelajar secara dalam talian yang mana ia membantu memudahkan proses penilaian sumatif berlaku dengan sistematik.

Penilaian sumatif ini akan berlaku setiap kali adanya proses perbincangan, serta penyimpanan hasil-hasil kerja serta tugasan para pelajar berdasarkan waktu yang telah ditetapkan.
Penilaian sumatif ini juga dibantu dengan rubrik penskoran yang dibina berdasarkan kepada kritteria-kriteria pemarkahan bagi setiap pengkhususan yang ada.





Kekuatan
Kelemahan
Back To basic:definitions and processes of assessments
- Membuat kesimpulan dengan memberikan bukti dengan setiap hasil kajian.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan persekitaran pembelajaran dan proses, fungsi, maksud penilaian sumatif  secara menyeluruh.
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sangat banyak dan jelas.
- Bagi kaedah / metodologi kajian; tidak diterangkan dengan jelas metod yang digunakan.Metod tidak mencukupi.

- Tidak membincangkan hasil dapatan

Summative assessment: the missing link for formative assessment.
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap proses, fungsi bagi penilaian sumatif
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan persekitaran pembelajaran dan proses, fungsi, maksud penilaian sumatif dan kepentingan sumatif dalam proses pembelajaran pelajar secara menyeluruh.
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sangat banyak dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca.
- Tidak menjelaskan mengenai statistik responden yang melakukan setiap aktiviti dalam laman Moodle tersebut.

- Penggunaan laras bahasa yang agak tinggi untuk difahami oleh pembaca yang bukan bidang ini.

- Tidak membincangkan hasil dapatan

Assessing the Efficacy and Effectiveness of an E-Portfolio Used for Summative Assessment.
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap proses, fungsi bagi penilaian sumatif
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan mengenai penggunaan e-portfolio dalam proses P&P sebagai satu penilaian sumatif bagi para pelajar dan guru-guru.
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sangat banyak dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca.
- Ada membincangkan hasil dapatan

- Tidak menjelaskan maksud penilaian sumatif dengan lebih jelas.

- Sedikit sahaja perkaitan antara penggunaan emel dalam proses P&P dengan proses penilaian sumatifif bagi menilai hasil tugasan pelajar.

- Bahasa yang digunakan sukar untuk difahami
- Isi-isi kandungan juga susah untuk difahami secara terus kerana banyak menggunakan perkataan yang sukar difahami maksudnya.




v  Ketiga-tiga prosiding mengemukakan tajuk yang sesuai dengan isu yang hendak dikaji. Jumlah patah tidak melebihi 15pp.
v  Penulisan abstrak yang baik walaupun hanya dalam BI sahaja. Tetapi hanya abstrak jurnal ketiga sahaja yang menjelaskan dengan terperinci kandungannya.
v  Pendahuluannya dimulakan dengan pendapat penulis dan disokong oleh kajian-kajian terdahulu. Ada kesinambungan dan dapat menarik pembaca untuk terus mendalami nya.
v  Pernyataan masalah/ Persoalan kajian/ Objektif  tidak dikemukakan dengan terperinci.
v  Metodologi kajian tidak dibincangkan dan dihuraikan dengan baik.
v  Penjelasan dapatan kajian tidak terlalu terperinci bagi jurnal 3. Terdapat penulisan ayat-ayat yang panjang dalam perbincangan. Sukar untuk difahami dan tiada sokongan kajian lain dinyatakan. Manakala  bagi jurnal 1 dan 2 tidak ada dapatan kajian.
v  Tidak ke semua artikel jurnal ada cadangan yang dikemukakan dapat membantu pihak tertentu membuat penambahbaikan.
v  Rujukannya terkini dan ditulis dengan format yang betul. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa rujukan yang sudah lama juga turut digunakan. (90an sahaja) dan selebihnya adalah rujukan yang merujuk kepada tahun 2000 ke atas.



No comments:

Post a Comment