Monday, January 30, 2012

TUGASAN 2 : Ulasan Buku


ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Nitko, A.J. 2004. Educational Assessement Of Students. Edisi ke- 4. America: Pearson Edcation, Inc., Upper Saddle River, New Jersey.


SINOPSIS
                    Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru, pensyarah, para pelajar serta yang mengajar untuk mengajar dan meningkatkan teknik pengajaran melalui penilaian terhadap para pelajar mereka dengan lebih baik. Buku setebal 532 muka surat ini mempunyai 19 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian 1-The Bases for Assessment in the Classroom. Bahagian 2- Crafting and Using Assessments, dan  Bahagian 3- Interpreting and Using Standardized Tests
                    Bagi buku ini, ia dimulai dengan bahagian pertama yang merangkumi bab 1- bab 5. Di dalam bab 1, menerangkan mengenai Classroom Decision Making and Using Assessment. Subtopik yang terdapat dalam bab satu ini adalah Example of Assessments Used for an Educational Decision, Teachers’ Classroom Decisions, Dinstinctions Among Assessments, Test,Measurements and Evaluations, Assessment and Educational Decisions About Students dan akhir sekali Acquring the Competence to Asess Students.  Bab 2 tertumpu kepada Describing the Goals. Bagi subtopik bab 2 ini pula ialah Important of Specifying Objectives, Educational Goals, State Standard and Learning Targets, Taxonomies of Learning Targets, Cognitive Domain Taxonomies, Choosing a Taxonomy, Sources for Locating larning targets, Evaluating the Learning Targets of Course or Unit, How to Specific Learning targets dan juga Making Sure Assessment Tasks Match Learning targets. Bab 3 menyentuh mengenai Validity of Assessement Results. Manakala  bagi bab 3 ini pula merangkumi General Nature of Validity, Four Principles for Validation, Validity of Teacher-Crafted Classroom Assessment Results, Validity of extraclassroom Assessments, Categories of Validity Evidence, dan Combining Evidence for Validity Judgements: An Argument- Based Approach.  Bab 4 pula menceritakan mengenai Reliability oof Assessment Results dan akhir sekali adalah bab 5 iaitu mengenai Professional Responsibilites, ethical Behaviour, and Legal requirements in Educational Assessments.
                    Bahagian 2 pula merangkumi bab 6- bab 15.  Bab 6 pula menjelaskan mengenai Planning for Integrating  Assessments and Instruction. Bagi bab 7 pula ialah Completion, Short-Answer, and True-False Items. Bab 8 pula menerangkan mengenai Multiple- Choice and Matching Exercises. Bab 9 menjuruskan kepada Essay Assessment Tasks.  Bab 10 pula menjurus kepada Higher-Order Thinking, Problem Solving and Critical Thinking  Bab 11 tertumpu kepada Performance, Portfolio and Authentic Assessments: An Overview.  Bab 12 membincangkan mengenai How to Craft Performance Tasks, Project, Portfolios, Rating Scales, and Scoring Rubrics. Bab 13 memperincikan mengenai Formative Evaluation Using Informal Diagnostic Assessments. Bab 14 menjelaskan mengenai Prepare Your Students to Be Assessed and Using Students’Results to Improve Your Assessements. Bab 15 membicarakan mengenai Evaluating and Grading Student Progress
                    Bahagian 3 bagi buku ini ialah bab 16- bab 19. Bab 16 menerangkan mengenai Standard Achievement Tests. Bagi Bab 17 pula, ia memberi penerangan kepada Interpreting Norm-Referenced Scores. Seterusnya pula ialah Bab 18 memperincikan mengenai topik Finding and Evaluating Publishes Assessments.  Dan bab terakhir sekali adalah bab 19 yang menerangkan mengenai Scholastics Aptitude, Career Interest, Attitudes and Personality Tests.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku Educational Assessement Of Students ini memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan terhadap penilaian yang perlu dilakukan oleh tenaga pengajar, jurulatih mengenai penilaian pendidikan terhadap pelajar-pelajar mereka serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seperti yang diceritakan di dalam bab 1, seorang guru perlu mempunyai banyak pilihan. Membuat keputusan yang bagus dalam bilik darjah merupakan satu keperluan yang perlu dikejar dan dijadikan sebagai satu penghakiman terhadap tahap pengalaman yang diperoleh. Ini membuktikan seorang guru itu berupaya untuk membuat sebarang keputusan dalam menguruskan apa yang perlu dan hendak diajar, bagaimana cara mengajar, dan bagaimana untuk menilai pencapaian pelajar, berdasarkan kepadamaklumat yang mempunyai kualiti yang tinggi. Kejayaan sseorang guru dalam memperoleh maklumat mengenai pelajar-pelajar mereka, daripada satu penilaian yang mempunyai kualiti yang tinggi dan bagus. Bagi bab 2 pula memberikan kita pengetahuan mengenai kepentingan dalam mengetahui objektif pembelajaran yang akan dilalui, sedang dilalui mahupun yang telah dilalui.
                     Fokus cara pengajaran kepada proses pembelajaran para pelajar, dan dari situ seorang guru boleh mengetahui dan menilai sejauh mana pencapaian pelajar tersebut memandangkan kita tahu bahawa gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Sesetengah berpendapat bahawa, target proses pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu pembelajaran kognitif yang mana ia melibatkan pelajar untuk berfikir secara lebih tinggi seiring dengan pengetahuan intelektual sekarang ini, dan mempunyai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi. Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif ditakrifkan sebagai penilaian secaram berterusan dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung untuk menilai keberkesanan proses P&P. Manakala penilaian sumatif adalah penilaian di akhir sesuatu tempoh proses P&P untuk menilai pencapaian pelajar
                    Selain daripada itu, seorang guru juga perlu mengetahui mengenai penilaian prestasi iaitu (a) mempersembahkan tugasan hands-on yang memerlukan pelajar untuk membuat aktiviti yang juga memerlukan mereka menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran daripada proses target pembelajaran mereka sebelum ini, (b) menggunakan dengan jelas setiap kriteria untuk menilai bagaimana pelajar mencapai tahap dapat mengaplikasikan apa sahaja yang dipelajarinya ke arah kebaikan dan secara terbuka/ umum. Penilaian pencapaian ini memerlukan pelajar untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan ilmu pengetuan mereka, seperti menghasilkan sesuatu produk, membuat laporan, melakukan demonstrasi atau pembentangan di hadapan kelas.
                    Penggunaan rubrik di dalam proses P&P dalam kalangan tenaga pengajar sekarang ini semakin mendapat perhatian. Penggunaan rubrik holistik dan juga analitik dijadikan contoh rubrik penskoran untuk menilai portfolio, tugasan pelajar. Begitu juga para pelajar, mereka turut diberikan pendedahan dalam menggunakan rubrik penskoran ini bagi memudahkan mereka menilai hasil tugasan mereka sendiri sebelum menghantarkannya kepada guru. Dengan meneliti setiap kriteria yang disediakan di dalam rubrik tersebut, pelajar dapat mengikuti setiap satu kriteria yang dikehendaki oleh guru serta dapat memperluaskan penguasaan sesuatu perkara dengan merujuk kepada rubrik penilaian tersebut.
                    Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan adanya penilaian dalam pendidikan ini, ia sangat membantu guru, pelajar dan mereka yang terlibat dalam pendidikan untuk mengetahui dan mengenali atitude masing-masing. Sikap dan tingkah laku pelajar juga boleh dilihat dan diperhatikan dengan melihatkan kepada suasana persekitaran., pergaulan, institusi itu sendiri mahupun motivasi diri. Guru-guru perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran dalam membangunkan metod penilaian terhadap keputusan instruksional serta dalam mengetahui atitude diri pelajar yang berbeza-beza.

Kesimpulan/ Rumusan Bagi Ke semua bab

Terdapat beberapa konsep yang dikeluarkan mengenai penilaian dalam pendidikan yang merangkumi mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar, menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian, dan melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek.

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)-CONTINUOUS ASSESSMENT
l  bersifat formatif - mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat
l  dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan p dari semasa ke semasa.
l  memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan p serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun
l  dapat mengenal pasti kelemahan
l  memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
JENIS PENILAIAN
Penilaian formatif
l  Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai
l  dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
 Penilaian sumatif
l  Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang dengan seseraong yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.

Bagi penilaian melalui portfolio yang merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu.
Penilaian bagi portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan  portfolio sehingga tugasan tersebut selesai. 
Aspek Penilaian
Aspek
 Contoh
kemahiran berfikir
berfikir secara logik
memberi rasional dan alasan
menghuraikan pendapat
kemahiran berbahasa
petah bertutur
memberi pendapat
membaca dan menulis
kemahiran mengira
mencongak
menyelesaikan masalah
kira cepat
kemahiran belajar
mencari maklumat daripada pelbagai sumber, mengklasifikasikan maklumat
,membuat laporan
pengetahuan
memberi definisi, menghuraikan fakta ;menerangkan konsep dan prinsip
kemahiran manipulatif

mengguna radas sains
mengguna alatan tangan
menyenggara alatan
kemahiran bersosial

berkomunikasi
bersopan santun
bekerjasama
daya kreatif

mereka cipta
Melukis carta, bina model
kemahiran proses sains

Kemahiran asas
Kemahiran sepadu
perlakuan dan amalan nilai murni
Nilai asasi dan Hasilan

kesihatan dan kecergasan

sihat, cergas dan aktif
menjaga kebersihan diri dan
keselamatan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
kemahiran kinestetik

bersukan
bergerak secara kreatif
bergerak mengikut rangsangan
bakat dan minat

kesungguhan membuat sesuatu
kelebihan dalam sesuatu bidang
kecenderungan kepada sesuatu

                    Secara rumusannya, dalam pendidikan, penilaian adalah satu usaha yang digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan proses mengukur dan membuat pertimbangan untuk menentukan tahap kefahaman, kemahiran dan kebolehan pelajar berdasarkan pada objektif pembelajaran










Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku
HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan dengan penilaian proses P&P, proses pembelajaran pelajar, penilaian tugasan, penilaian tahap pencapaian dan banyak lagi seperti dalam penerangan di atas.

HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        Buku Educational Assessement Of Students ini memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan terhadap penilaian yang peru dilakukan oleh tenaga pengajar, jurulatih mengenai penilaian pendidikan terhadap pelajar-pelajar mereka serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
     ii.        Membuat keputusan yang bagus dalam bilik darjah
    iii.        Fokus cara pengajaran kepada proses pembelajaran para pelajar, dan dari situ seorang guru boleh mengetahui dan menilai sejauh mana pencapaian pelajar tersebut
   iv.        target proses pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu pembelajaran kognitif yang mana ia melibatkan pelajar untuk berfikir secara lebih tinggi seiring dengan pengetahuan intelektual sekarang ini, dan mempunyai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif ditakrifkan sebagai penilaian secaram berterusan dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung untuk menilai keberkesanan proses P&P. Manakala penilaian sumatif adalah penilaian di akhir sesuatu tempoh proses P&P untuk menilai pencapaian pelajar

Penggunaan rubrik di dalam proses P&P dalam kalangan tenaga pengajar sekarang ini semakin mendapat perhatian.

HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan

Terdapat beberapa konsep yang dikeluarkan mengenai penilaian dalam pendidikan yang merangkumi mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar, menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian, dan melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan
HP5
Sumber; buku   

Nitko, A.J. 2004. Educational Assessement Of Students. Edisi ke- 4. America: Pearson Edcation, Inc., Upper Saddle River, New Jersey.


HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog