Monday, January 30, 2012

ULASAN JURNAL 4: pengukuran

3  JURNAL PENGUKURAN
Bil
Tajuk Jurnal
Tujuan/ Bidang/ Tajuk artikel
Rumusan Keseluruhan Jurnal
1
Andrade, H.,L., Du,Y., & Wang,X.2008. Putting Rubrics to the Test: The Effect of a Model, Criteria Generation, and Rubric- Referenced Self- Assessment on Elementary School Students’ Writing. Educational Measurement: Issues and Practice, 27(2): 3-13.
- Artikel ini menerangkan konsep penggunaan penilaian rubrik untuk menguji keberkesanan model bagi membaca, menulis tugasan, menjana senarai kriteria  bagi tugasan yang diterima dan penilaian diri sendiri mengikut rubrik yang dibina.

- Tajuk yang dikemukan melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 21 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.




Kesemua tajuk artikel tidak seragam kerana bagi jurnal 1 melebihi 15 patah perkataan manakala jurnal 2 dan 3 tidak melebihi 15 patah perkataan.Ia  sesuai dengan huraian isi.Tajuk kajian fokus kepada Penilaian rubrik dan penggunaannya serta kepentingannya. Perbezaannya ialah sasaran kajian. Menghuraikan seluruh kandungan kajian dengan tepat dan jelas.
2
Boyle, W.F., & Charles, M. 2010. Leading learning through Assessment for Learning?. School Leadership and Management, 30 (3):285-300.
- Artikel ini menerangkan mengenai penilaian pembelajaran, assessment for learning (AfL) bagi meningkatkan pemahaman guru dalam proses P&P, bagaimana AfL ini mempengaruhi pengajaran para guru seiring dengan pengajaran yang menggunakan pedagogi yang berkesan.  

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 6 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.

3
Reeves, S., & Stanford, B.P.2009. Rubrics for the Classroom: Assessments for Students and Teachers. Delta Kappa Gamma Bulletin, Fall, 76(1) : 24-27
- Artikel ini menerangkan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran penilaian melalui penggunaan rubrik sebagai alat pemarkahan bagi penilaian subjektif.

- Tajuk yang dikemukan tidak melebihi 15 patah perkataan iaitu sebanyak 9 p/p.

- Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.




Bil
Jurnal
Abstrak
Rumusan Keseluruhan Abstrak
1
Putting Rubrics to the Test: The Effect of a Model, Criteria Generation, and Rubric- Referenced Self- Assessment on Elementary School Students’ Writing.
- Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.  Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyiasat kesan membaca model tugasan bertulis di kalangan pelajar sekolah, menjana senarai kriteria bagi setiap tugasan yang diterima serta penilaian kendiri dengan menggunakan rubrik yang telah disediakan.

- Ada membincangkan kaedah/ reka bentuk kajian yang digunakan bagi kajian tersebut dan responden/ sampel kajian.

- Penulisan abstrak ringkas dan  menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan penilaian secara dalam talian bagi P&P

- Ada menerangkan mengenai dapatan kajian ini.

- Tidak ada penerangan mengenai cadangan bagi kajian ini.

- Tidak menggunakan dwibahasa.


Kekuatan :3 artikel yang dibaca mengemukakan  abstrak. Tetapi tidak semua  abstrak bagi jurnal tersebut ditulis dengan lengkap mengikut keperluan yang perlu ada dalam abstrak.

Kelemahan :Tiada terjemahan abstrak dalam Bahasa Melayu

Kelemahan :Secara keseluruhannya masih lemah dalam aspek kronologi atau penyusunan penulisan dalam artikel jurnal.  Ada yang menyatakan tujuan kajian, dapatan kajian, implikasi serta kesimpulan dan juga sebaliknya.

2
Leading learning through Assessment for Learning?
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan. Tujuan kajia ini adalah untuk melihat sejauh mana pendekatan penggunaan rubrik dalam pengajaran memberi kesan yang menyeluruh bagi proses pengajaran serta melihat bagaimana penggunaan rubrik ini dapat mmpengaruhi pedagogi seseorang tenaga pengajar.

- Tidak ada membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian.  

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas tetapi tidak menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan rubrik dalam P&P.

- Ada menerangkan mengenai keseluruhan kajian ini dilakukan

3
Rubrics for the Classroom: Assessments for Students and Teachers.
-  Ada menceritakan mengenai tujuan kajian ini dijalankan.
Tujuan kajian ini adalah membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran penilaian menggunakan rubrik pemarkahan. Rubrik ini merupakan satu satu set kriteria yang menggambarkan pemarkahan yang berbeza-beza mengikut kriteria masing-masing berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Rubrik ini juga dibina untuk mengukur penilaian kendiri guru itu sendiri.

- Tidak membincangkan kaedah yang digunakan dan rumusan kajian serta tidak menceritakan responden yang terlibat.

- Tidak menggunakan dwibahasa.

- Penulisan abstrak ringkas dan ada menjelaskan mengenai dapatan utama kajian ini dalam penggunaan rubrik sebagai alat pengukuran penilaian dalam P&P dan penilain kendiri individu.





Bil
Jurnal
Penghujahan
Rumusan Keseluruhan Penghujahan
1
Putting Rubrics to the Test: The Effect of a Model, Criteria Generation, and Rubric- Referenced Self- Assessment on Elementary School Students’ Writing.
1.Pengenalan
Menjelaskan mengenai definisi rubrik yang sekarang ini popular digunakan di kalangan guru. Rubrik ini dijadikan sebagai satu alat komunikasi bagi tugasan-tugasan  yang mana ia berfokuskan kepada maklum balas individu terhadap kerja yang dilakukan serta penghasilan produk.

2.Kajian kepustakaan
Tidak menceritakan kajian kepustakaan sebagai satu tajuk utama, tetapi dijelaskan di dalam bahagian pengenalan. Kajian kepustakaan yang dibuat adalah sangat banyak dan bersesuaian dengan topik penilaian rubrik.

3.Metodologi
Menerangkan dengan jelas dan terperinci mengenai responden yang digunakan, Instrumen yang digunakan iaitu penggunaan esei untuk melihat dan membuat penilaian cara pelajar menulis (menggunakan kaedah penilaian rubrik yang dibina). Menerangkan juga mengenai prosedur, bagaimana kajian ini dijalankan.

4.Dapatan kajian
Hasil dapatan dijelaskan dengan terperinci bagi setiap satu instrumen yang digunakan untuk menguji kesan model menulis ini menggunakan rubrik yang telah dibina.  Interpretasi data dilakukan dengan baik dan ditunjukkan dengan jelas dalam jadual selepas penerangan dilakukan.


5.Perbincangan dan rumusan
Penerangan mengenai perbincangan ini dilakukan dengan melihat kepada hipotesis yang telah dibuat pada awal kajian yang bertepatan dengan hasil dapatan  kajian. Bagaimana jantina memberi perbezaan terhadap situasi menulis dan penggunaan rubrik kendiri bagi setiap pelajar. Penjelasan mengenai batasan kajian dalam kajian ini juga turut dimasukkan ke dalam bahagian ini. Implikasi dan cadangan dikemukakan di dalam bahagian ini juga.

Kekuatan :Semua kronologi yang dikemukakan mempunyai kronologi penyelidikan yang berbeza

Kelemahan: Hanya jurnal 1 sahaja yang mengandungi kajian kepustakaan. Jurnal 2 dan 3 kajian kepustakaannya dijelaskan/dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan.

Kekuatan :Bagi bahagian metodologi, ke semua metodologi menerangkan dan memperincikan setiap sampel yang digunakan, tempat, prosedur dan yang berkaitan dengannya.

Kelemahan: Jurnal 3 tidak menerangkan dengan jelas metodologi yang digunakan serta prosedur kajian dijalankan tetapi menerangkan sampel kajian yang digunakan dan dilaksanakan dengan jelas.

Kekuatan :Dapatan kajian dimasukkan ke dalam jadual mengikut peratusan/frekuensi bagi setiap item yang diuji.

Kelemahan: Penerangan ayat bagi dapatan terlalu panjang dan sukar untuk difahami pembaca luar. Bagi jurnal 3, tidak terdapat penerangan dapatan kajian.
2
Leading learning through Assessment for Learning?
1.   Pengenalan
Menerangkan mengenai pengukuran piawaian bagi penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. AfL ini menjelaskan bahawa “proses mencari dan menginterpretasi keterangan untuk digunakan oleh pelajar dan guru-guru mereka untuk membuat keputusan di mana pelajar boleh melakukan proses pembelajarannya, di mana mereka harus pergi dan bagaimana untuk melalui proses pembelajaran yang lebih baik.
Penilaian ini digunakan dalam polisi pembelajaran seperti penilaian maklumat yang digunakan untuk menyokong proses pembelajaran tersebut berbanding denan penggunaan penilaian sumatif terhadap prestasi pelajar tersebut. Penilaian terhadap pembelajaran ini juga adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih efektif, fokus kepada bagaimana pelajar/ masyarakat belajar, juga merupakan satu pusat/ tempat/bilik darjah untuk melakukan praktikal terhadap pembelajaran, merupakan kunci bagi kemahiran profesional, sensitif dan kontruktif, motivasi, menggalakkan kefahaman dalam setiap kriteria P&P serta matlamat, membantu pelajar untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan pembangunan kapasiti penilaian kendiri dan rakan sebaya dan akhir sekali adalah untuk mendapatkan pencapaian pembelajaran yang lebih baik.

2.     Kajian kepustakaan
Tidak menceritakan kajian kepustakaan sebagai satu tajuk utama, tetapi dijelaskan di dalam bahagian pengenalan. Kajian kepustakaan yang dibuat adalah sangat banyak dan bersesuaian dengan topik penilaian rubrik.

3.     Metodologi
Menerangkan dengan jelas dan terperinci mengenai responden yang digunakan, Instrumen yang digunakan. Menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Mengagihkan borang sola selidik secara rawak kepada 4000 sample bagi sekolah rendah. Menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini, yang mana pengkaji pergi membuat pemerhatian terhadap pengajaran di dalam kelas. Menerangkan juga mengenai prosedur, bagaimana kajian ini dijalankan.

Dapatan kajian
 Hasil dapatan dijelaskan dengan terperinci bagi setiap satu instrumen yang digunakan untuk menguji penilaian terhadap proses pembelajaran ini menggunakan rubrik yang telah dibina.  Interpretasi data dilakukan dengan baik dan ditunjukkan dengan jelas menggunakan graf  berdasarkan peratusan bagi setiap item yang dibina. 

4.     Perbincangan dan rumusan
Perbincangan dilakukan dengan terperinci termasuklah dengan implikasi terhadap kajian ini, bagaimana penggunaan penilaian rubrik ini dalam pembelajaran mendapat maklum balas yang baik oleh pelajar dan guru-guru.Turut melibatkan penilaian formatif secara berterusan bagi setiap proses pembelajaran pelajar. Bagaimana penilaian formatif ini berlaku dalam bilik darjah seiring dengan penggunaan penilaian pembelajaran secara demonstrasi  dan kolaboratif di antara pelajar-pelajar.
3
Rubrics for the Classroom: Assessments for Students and Teachers.
1.    Pengenalan
Menjelaskan dengan terperinci mengenai persoalan bagaimana seorang guru mengukur apa yang para pelajar tulis. Bagaimana pula seorang guru dapat mengakses semua pelajar dalam bilik darjah sebagaimana mereka menghasilkan penulisan yang mereka terlibat serta motivasi mereka dalam proses pembelajaran. Adakah seorang guru boleh fokus kepada kekuatan setiap pelajar mereka yang berlainan gaya belajar, dan pada masa yang sama untuk menghadapi kekurangan dan kelemahan setiap pelajar mereka.
Oleh yang demikian, penggunaan rubrik boleh menyelesaikan ke semua persoalan yang dikemukan untuk dijawab oleh pengkaji. Penggunaan rubrik ini adalah besar, tetapi pengkaji telah mengecilkan skop yang mana, penggunaan rubrik ini berfokuskan kepada penilaian terhadap penulisan pelajar dalam memberi fokus kepada alatan untuk melalui proses menulis, pemahaman dan pembangunan yang betul bagi jenis rubrik. Rubrik-rubrik ini dapat membantu guru-guru mengukur prestasi pelajar di sebalik data-data yang dikutip menggunakan piawaian sistem percubaan yang memberi keutamaan kepada gaya belajar pelajar, modaliti pembelajaran dan kekuatan pelajar.

2.     Kajian kepustakaan
Tidak menceritakan kajian kepustakaan sebagai satu tajuk utama, tetapi dijelaskan di dalam bahagian pengenalan. Kajian kepustakaan yang dibuat adalah sangat banyak dan bersesuaian dengan topik penilaian rubrik.
3.     Metodologi
Tidak menceritakan dengan jelas mengenai metodologi/ reka bentuk kajian yang digunakan.

4.      Dapatan kajian
Tidak menjelaskan mengenai hasil dapatan kajian.

5.      Perbincangan dan rumusan
             Ada menceritakan mengenai cadangan bagi penambahbaikan penilaian tugasan pelajar, penilaian kendiri, penskoran menggunakan rubrik penskoran.




Bil
Jurnal
Penerangan mengenai Penilaian pengukuran
Rumusan Keseluruhan
1
Putting Rubrics to the Test: The Effect of a Model, Criteria Generation, and Rubric- Referenced Self- Assessment on Elementary School Students’ Writing.
Penggunaan rubrik ini dapat membantu guru dan pelajar dalam memahami setiap kriteria tugasan yang perlu diikuti. Bagi seorang pelajar, penggunaan rubrik penskoran dalam proses pembelajaran mereka, membolehkan mereka berkemampuan untuk menilai diri sendiri terhadap hasil tugasan yang mereka akan lakukan. Manakala bagi seorang guru, dengan rubrik ini, ia dapat membantu mereka dalam menilai kriteria-kriteria yang perlu diberikan kepada para pelajar supaya mengikut kehendak serta keperluan mereka dalam proses pengajaran bagi mencapai satu tahap kepuasan dalam melakukan tugasan, projek serta penulisan.
Secara keseluruhan daripada ketiga-tiga jurnal ini, didapati bahawa pembinaan rubrik penskoran dalam proses P&P atau kejurulatihan sesuatu perkara/subjek adalah sangat penting dan membantu para guru serta pelajar dalam menilai hasil tugsan mereka, serta kemampuan diri mereka sendiri. Penggunaan rubrik ini boleh dilakukan secara dua bentuk iaiti, rubrik penskoran analitik ataupun holistik. Kedua-dua ini adalah satu rubrik yang berbeza yang mana penggunaan menceritakan dengan lebih jelas terhadap sesuatu kriteria yang ingin dilihat.

Bagi training penggunaan modul Gimp ini, penggunaan rubrik holistik akan digunakan, yang mana pengkaji ingin melihat sejauh mana pelajar memahami cara pengajaran fasilitator serta kesesuaian modul Gimp yang dibangunkan mengikut gaya belajar mereka yang pelbagai.
2
Leading learning through Assessment for Learning?
Dalam kajian ini, secara keselurahannya melihat kepada penggunaan rubrik dalam situasi kebangsaan, yang mana kajian ini terlalu besar dan merangkumi banyak sekolah rendah di daerah England. Ini bermakna penggunaan rubrik ini diuji secara besar-besaran dengan menitikberatkan piawaian yang telah ditetapkan oleh National Curriculum Assessment context di England.
3
Rubrics for the Classroom: Assessments for Students and Teachers.
Penggunaan rubrik ini digunakan sebagai penilaian terhadap proses P&P yang digunakan kepada para pelajar setiap hari. Data yang diterima daripada rubrik ini dapat membantu guru-guru untuk melakukan pemilihan reka bentuk intruksional/ pengajaran yang berlainan setiap hari. Sebagai seorang guru, makin kerap mereka menggunakan rubrik dan meluangkan lebih banyak masa dengan latihan penggunaan rubrik ini, maka makin mudah setiap penilaian yang dilakukan.




Tajuk Jurnal
Kekuatan
Kelemahan
Putting Rubrics to the Test: The Effect of a Model, Criteria Generation, and Rubric- Referenced Self- Assessment on Elementary School Students’ Writing.
- Membuat kesimpulan dengan memberikan bukti dengan setiap hasil kajian.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan persekitaran pembelajaran dan penggunaan rubrik dalam menilai penulisan pelajar secara menyeluruh.
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian rubrik dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian pembelajaran dalam talian adalah sangat banyak dan jelas.
- Dapatan kajian juga turut diperincikan dengan jelas dalam bentuk jadual.

- Penggunaan laras bahasa yang agak tinggi untuk difahami oleh pembaca yang bukan bidang ini.

- Perbincangan yang disampaikan terlalu panjang mengenai  penggunaan rubrik.
Leading learning through Assessment for Learning?
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap penilaian rubrik menggunakan satu piawaian kebangsaan di England.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Penerangan mengenai kertas konsep bagi penilaian rubrik dengan jelas beserta dengan contohnya. 
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sangat banyak dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca tetapi dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan.
- Dapatan kajian juga turut diperincikan dengan jelas dalam bentuk graf.

- Penggunaan laras bahasa yang agak tinggi untuk difahami oleh pembaca yang bukan bidang ini.

- Ia membincangkan mengenai penggunaan rubrik ini terlalu umum kepada semua sekolah, terutamanya sekolah rendah di England

- Perbincangan yang disampaikan terlalu panjang mengenai penggunaan rubrik mengikut satu persatu topik. Ini menyukarkan pembaca untuk memahami apa sebenarnya yang ingin dikaji oleh pengkaji bagi kajian ini.

- Isi-isi kandungan juga susah untuk difahami secara terus kerana banyak menggunakan perkataan yang sukar difahami maksudnya

Rubrics for the Classroom: Assessments for Students and Teachers.
- Membuat kesimpulan keseluruhan bagi penilaian kursus pelajar secara tradisional dan pembelajaran campuran.
- Senarai rujukan ditulis di akhir artikel.
- Merangkan mengenai penggunaan rubrik oleh guru dengan terperinci
- Kajian literatur mengenai penilaian adalah sederhana dan jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca.

- Tidak terdapat metodologi dalam kajian ini. Ia membincangkan mengenai penggunaan rubrik ini terlalu umum kepada semua guru, dan tidak menjuruskan kepada mana-mana sekolah.

- Bahasa yang digunakan sukar untuk difahami

- Tidak terdapat dapatan kajian. Ini kerana kajian ini menceritakan secara keseluruhan penggunaan rubrik dan kepentingan bagi para guru.




v  Ketiga-tiga prosiding mengemukakan tajuk yang sesuai dengan isu yang hendak dikaji. Jumlah patah tidak melebihi 15pp dan satu jurnal melebihi 15pp.
v  Penulisan abstrak yang baik walaupun hanya dalam BI sahaja. Ke semua jurnal menjelaskan kandungan abstrak dengan terperinci.
v  Pendahuluannya dimulakan dengan pendapat penulis dan disokong oleh kajian-kajian terdahulu. Ada kesinambungan dan dapat menarik pembaca untuk terus mendalami nya.
v  Pernyataan masalah/ Persoalan kajian/ Objektif  tidak dikemukakan dengan terperinci.
v  Metodologi kajian dibincangkan dan tidak dibincangkan dalam jurnal 3. Terdapat penulisan ayat-ayat yang panjang dalam perbincangan. Sukar untuk difahami dan tiada sokongan kajian lain dinyatakan. Perbincangan dan kesimpulan yang dilakukan adalah sangat bertepatan dengan kajian yang dilakukan dalam jurnal-jurnal berikut.
v  Rujukannya terkini dan ditulis dengan format yang betul. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa rujukan yang sudah lama juga turut digunakan. (90an sahaja) dan selebihnya adalah rujukan yang merujuk kepada tahun 2000 ke atas. 

No comments:

Post a Comment